Kalau kamu nak tahu, Aamir Khan dan Shah Rukh Khan (SRK) berkongsi ruang skrin hanya sekali dalam kerjaya mereka dan itu adalah untuk filem ‘Pehla Nasha’ pada tahun 1993.
Selepas daripada itu, mereka tidak pernah bekerja bersama lagi. Ramai orang terutamanya peminat telah bertanya kepada mereka berdua, mengapa mereka tidak lagi bekerja bersama, tetapi tiada siapa yang mendapat jawapan.
Walaubagaimanapun, Aamir Khan akhirnya muncul memberi jawapan yang agak ‘brutal’ sehingga ia mencetuskan kontroversi. Ketika mempromosikan filem ‘Ghajini’, Aamir Khan mendedahkan rakan pelakonnya itu takut untuk berlakon bersamanya.
“Sebenarnya dia (SRK) berasa takut untuk bekerja dengan saya. Saya sering berkata, “Mari kita buat filem bersama”, tetapi dia sering menolak tawaran itu”, kongsi Aamir Khan.
Manakala ketika mempromosikan filem ‘Rab Ne Bana Di Jodi’ pada masa yang sama, SRK menjawab kenyataan Aamir Khan dan berkata ia adalah gurauan antara pelakon.
“Saya tidak memilih Aamir. Anda semua (media) yang membesar-besarkan keadaan. Ini gurauan, jadi kami teruskan macam biasa. Ia bukan masalah yang besar.”- SRK.
Tambah SRK, jika dia tidak sesuatu kenyataan atau gurauan daripada pelakon atau orang sekelilingnya, dia akan bercakap dengan individu tersebut memberitahu hal sebenar.
“Kadang-kadang, dia (Aamir) berkata sesuatu atau orang lain berkata sesuatu yang saya tidak suka, dan saya sangat serius mengenainya. Jadi saya sendiri akan bercakap dengannya mengenai perkara itu.”
Sekadar info, terdahulu Aamir Khan pernah membuat ramai orang kecewa apabila dia mengatakan nama anjingnya ialah “Shah Rukh Khan”.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.