Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Tidur Nyenyak, Membesar Sihat Dengan IKEA: Mewujudkan Ruang Tidur Mesra Kanak-Kanak

by Aphit J.
January 11, 2025
Share on Facebook

Kanak-kanak memerlukan pelbagai keperluan asas untuk menyokong perkembangan dan pertumbuhan mereka, termasuk makanan, penjagaan kesihatan, tempat berteduh, keselamatan emosi, dan dorongan positif.

Kanak-Kanak Rutin Teratur

Rutin harian juga memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka.

Kajian menunjukkan, kanak-kanak yang mempunyai rutin teratur lebih mampu mengawal emosi dan menyesuaikan diri dengan cabaran.

Salah satu elemen penting dalam rutin yang baik adalah tidur yang mencukupi.

Menurut Pakar Pediatrik, Dr Ng Kexin, tidur adalah aktiviti penting yang menyokong perkembangan otak.

Kanak-kanak kecil memerlukan 12 hingga 14 jam tidur sehari, manakala kanak-kanak usia sekolah memerlukan 9 hingga 12 jam.

Memerlukan Tidur Yang Mengcukupi

via IKEA

Tidur yang mencukupi dapat meningkatkan kesihatan, tenaga, fokus, dan prestasi akademik kanak-kanak.

Malangnya, masalah tidur semakin membimbangkan di Malaysia, dengan kajian menunjukkan 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami insomnia.

Selain itu, ruang tidur yang baik turut memainkan peranan penting. Persekitaran tidur yang sesuai dapat meningkatkan kualiti tidur kanak-kanak.

Di Malaysia, keluarga pelbagai generasi dan yang tinggal di pangsapuri sering menghadapi cabaran dalam mewujudkan ruang tidur yang tenang.

Faktor Luar Mempengaruhi Rutin Tidur

via IKEA

Aktiviti bandar yang sibuk juga menambah kesukaran untuk kanak-kanak tidur dengan baik.

Ibu bapa boleh memperbaiki ruang tidur dengan memilih perabot pelbagai fungsi, seperti katil bertingkat atau katil dengan laci bersepadu.

Bilik yang kemas dan teratur dapat mengurangkan gangguan dan memberi isyarat kepada kanak-kanak bahawa sudah tiba waktu tidur.

Selain itu, mengurangkan pencemaran bunyi dari luar dengan panel penyerapan bunyi juga membantu mencipta suasana yang lebih selesa untuk tidur.

Dengan mewujudkan ruang tidur yang selamat dan selesa, ibu bapa dapat memastikan kanak-kanak mendapat tidur yang berkualiti, sekaligus memberi asas yang kukuh untuk mereka menghadapi cabaran hidup dengan lebih yakin.

30 Tahun Kenangan, 8.6 Juta Karipap– IKEA Malaysia Lakar Rekod Dengan Kudapan Kegemarannya
Error happened.
Ikea
https://lomp.at/zqlmj
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara