Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Ini Beza Ketara Siri SAMSUNG Galaxy S24 Dengan S25 Yang Korang Kena Tahu

by Phic ARMAN
January 28, 2025
Share on Facebook

Bila SAMSUNG lancarkan Galaxy S24 dan S25, ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya beza kedua-dua model flagship ni. Kalau korang tengah berkira-kira nak upgrade, meh kita semak apa perbezaan utama antara Galaxy S24 dan S25 yang korang perlu tahu!

Chipset – Kecekapan Lebih Tinggi!

Perbezaan paling ketara antara Galaxy S24 dan S25 adalah chipset yang digunakan. Galaxy S25 dilengkapi dengan Snapdragon 8 Elite yang dibangunkan menggunakan teknologi fabrikasi 3nm. Ini bermaksud, Samsung S25 lebih cekap dan lebih cepat berbanding Galaxy S24 yang masih menggunakan Exynos 2400 dengan fabrikasi 4nm. Apa maksudnya untuk pengguna? Lebih power, lebih efisien, dan bateri yang lebih tahan lama!

RAM – Lebih Besar, Lebih Lancar!

Samsung S25 juga meningkatkan kapasiti RAM pada model biasa. Kalau Galaxy S24 masih pakai 8 GB RAM, Samsung S25 dah upgrade kepada 12 GB RAM! Ini bermakna, multitasking dan main game berat akan lebih lancar tanpa lag. Kalau korang suka buka banyak aplikasi serentak atau main game grafik tinggi, Samsung S25 sememangnya lebih sesuai.

Galaxy AI – Ciri AI Lebih Canggih!

Kedua-dua Galaxy S25 dan Galaxy S24 menyokong Galaxy AI, tapi S25 datang dengan ciri Galaxy AI eksklusif yang lebih menarik. Salah satunya adalah Cross App Action, yang menyepadukan ejen AI untuk memudahkan tugas-tugas merentas aplikasi Samsung, Google, dan aplikasi pihak ketiga – semua ni boleh dilakukan dengan hanya satu klik. Boleh bayangkan betapa mudahnya urusan harian dengan teknologi ni!

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia
Circle To Search

Selain itu, Galaxy S25 juga menambahbaik ciri AI Select dan Circle To Search dengan Multimodal Search. Jadi, kalau korang nak cari info, AI ni boleh guna pelbagai input – teks, suara, atau gambar – untuk membantu korang dengan lebih tepat. Wah, AI ni macam jadi asisten peribadi yang super canggih, kan?

Ciri Baru Galaxy AI

Ciri Now Brief pula adalah pembaharuan hebat di Galaxy S25. Ia memberikan maklumat peribadi berdasarkan aktiviti pengguna, kesihatan, jadual harian dan banyak lagi. Contohnya, kalau korang ada jadual perubatan atau aktiviti penting, Galaxy S25 boleh bagi peringatan atau maklumat yang relevan berdasarkan apa yang korang buat setiap hari.

Audio Erase, Gemini Live & Terjemah Langsung

Siri Galaxy S25 juga membawa beberapa ciri tambahan yang menarik. Audio Erase membolehkan korang menghapuskan bunyi latar belakang dalam rakaman audio, jadi kalau korang rakam sesuatu di tempat yang bising, suara penting lebih jelas. Selain tu, Gemini Live menawarkan pengalaman visual yang lebih realistik dan dinamik. Tak ketinggalan, Terjemah Langsung juga lebih canggih – memudahkan korang terjemah teks atau perbualan dalam masa nyata!

Audio Erase

Itulah beberapa perbezaan utama antara Samsung Galaxy S24 dan S25. Secara keseluruhan, Samsung Galaxy S25 lebih hebat dalam aspek chipset, RAM, dan ciri-ciri AI yang lebih canggih. Kalau korang nak pengalaman lebih pantas, lancar, dan penuh dengan teknologi terkini, Samsung Galaxy S25 memang pilihan yang tepat.

Bagaimana APV Dalam Galaxy S26 Ultra Ubah Cara Rakam Video Jadi Lebih ‘Pro’

Untuk lebih banyak perbandingan dan ulasan terperinci, jangan lupa nantikan ulasan penuh kami di murai.my!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Galaxy S25s24S25samsungSnapdragon 8 Elite
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara