Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Telatah Rina Cuci Pinggan, Netizen & Rakan Selebriti Luah Rasa Kagum!

by Naddy Joe
January 31, 2025
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Gelagat anak perempuan kepada pasangan pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi dan Ryzal Ibrahim iaitu Rina sedang basuh pinggan di kediaman mereka mencuri perhatian netizen di media sosial.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Ryzal di Instagram, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kediaman mereka merakamkan gelagat Rina yang sedang makan aiskrim dan mengelap kotoran di atas meja makan sebelum melangkah ke sink untuk mencuci peralatan yang digunakan secara seorang diri tanpa bantuan ibu bapanya itu.

“Dah boleh cari rumah sendiri.”-kapsyen ringkas Ryzal Ibrahim di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

“MasyaAllah Hebatnya Rina. Lepas Ni Dah Boleh Jaga Adik Pula..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa teruja melihat telatah Rina yang sangat bijak itu, Malah ramai yang memuji cara didikan Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim.

“Touching pulak. Bila tarikh nikah dia?.”-Ozlynn

“Bijakkknyaaaaaa ????.”-Zulin Aziz

“Bijaknya rina! Allahumma barik ❤️.”-Indah Ruhaila

“Aaaaaaaa pandaiinyaaaaaa dia!?.”-Isyariana

“Tengok Rina dari lepas lahir. Sampai sekarang dah besar bijak pandai, good manners dan attitude. Semoga jadi gadis yang solehah, berjaya dunia akhirat.”

“Hebat didikan Maryam dan Ryzal ??. Moga Rina menjadi kakak dan anak yang baik serta solehah.”

“MasyaAllah hebatnya Rina. Lepas ni dah boleh jaga adik pulak ??.”

“Comelnya dia. Dah besar dia eh. Rajin pula buat kejenye. Tapi cute nak tutup air demi memanjat eh.”

“Bagusnya dia. Didikan yang bagus dan dia anak yang baik sebab dengar cakap. Bukan boleh harap makan saja.”

Sekadar info, Maryam yang berasal dari Korea Selatan mendirikan rumah tangga dengan Ryzal Ibrahim pada 15 Ogos 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rina. Malah, Maryam juga kini sedang hamil cahaya mata kedua.

[VIDEO] Ryzal Ibrahim Kongsi Gelagat Rina, Netizen Terhibur!-"Ni Macam Sharifah Sakinah.."
maryam duriankimchiRinaRyzal Ibrahim
https://lomp.at/oud8c
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem