Skinville Solution Sdn. Bhd. (Skinville Solution), syarikat induk kepada jenama penjagaan kulit JardinPeau, baru-baru ini mengumumkan langkah strategik untuk memperluaskan kehadiran jenama dan kepimpinan pasarannya.
Aoron Aziz Sebagai Ahli Lembaga Penasihat
Syarikat ini melantik pelakon dan usahawan terkenal, Dato’ Aaron Aziz, sebagai Ahli Lembaga Penasihat dan memperoleh gelaran ‘Penaja Utama’ untuk Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), anugerah muzik paling berprestij di Malaysia.
Fadullah Izham, Ketua Pegawai Eksekutif Skinville Solution Sdn. Bhd, menyatakan bahawa pelantikan Dato’ Aaron Aziz ke Lembaga Penasihat adalah satu pencapaian besar.
Bagi Fadullah, pengaruh industri dan kepakaran niaga Aaron akan menjadi aset penting dalam membimbing pertumbuhan syarikat serta memperkukuhkan jenama JardinPeau.
Langkah Besar Memperkenalkan Produk
Selain itu, pelantikan Skinville Solution sebagai ‘Penaja Utama’ AJL39 adalah langkah besar dalam usaha mereka untuk menjadikan JardinPeau sebagai jenama penjagaan kulit terkemuka di Malaysia.
Dato’ Aaron Aziz turut meluahkan keterujaannya terhadap kerjasama ini.
JardinPeau dikenali dengan formulasi inovatif yang menggunakan bahan terkini seperti Salmon DNA, RejuveNAD, dan PhytoCellTec Apple Stem Cell, menjadikannya peneraju dalam industri penjagaan kulit Malaysia.
Jenama ini telah meraih pelbagai pengiktirafan, termasuk The BrandLaureate SME’s Best Brand Award dan The Highlighter Beauty Award.
Langkah ini memperkukuhkan visi Skinville Solution untuk menyediakan penjagaan kulit mewah yang mampu milik, dengan sokongan sains termaju, serta meningkatkan kehadiran pasarannya melalui kerjasama strategik dan penglibatan jenama berprofil tinggi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.