Kajol dan suaminya, Ajay Devgn, pertama kali bertemu di set filem mereka iaitu ‘Hulchul’ pada tahun 1995 sebelum berkahwin pada 24 Februari 1999.
Tetapi adakah kamu tahu, sebelum Kajol berkahwin dengan Ajay, aktres ini pernah menyukai aktor Bollywood lain?
Rahsia ini didedahkan oleh Karan Johar, apabila pembuat filem itu memberitahu Kajol pernah menyimpan perasaan dan crush kepada aktor Akshay Kumar suatu ketika dulu.
“Dia sangat menyukai Akshay Kumar.”
Kongsinya lagi, Kajol akan sentasa mencari Akshay Kumar jika dia pergi ke mana-mana tayangan perdana. Dan Karan pula, secara sukarelanya akan bantu Kajol mencari aktor itu. Walaupun mereka tidak dapat menemui Akshay di mana-mana tayangan perdana filem, akhirnya Kajol dan aktor itu bertemu secara semula jadi.
Pertemuan antara Kajol dan Akshay terjadi apabila mereka digandingkan bersama dalam filem ‘Yeh Dillagi’. Drama komedi romantik itu juga turut dibintangi oleh Saif Ali Khan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.