Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil bersuara terhadap anak perempuannya, Qadejah yang merilis lagu raya bersama anak usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B , anak kepada pengarah Aziz M Osman, Ara Aziz, dan Alyssa Dezek.
Aliff menerusi hantaran di Instagram, dilihat mengkritik Qadejah yang lebih mesra disapa sebagai Cess merilis lagu raya yang disifatkannya tidak sedap untuk didengar. Tegas Aliff, seharusnya dia yang mengeluarkan lagu raya, bukan anak perempuannya.
“Pandai menyanyi ke tak pandai menyanyi ni Cess?. Abah ni patutnya keluarkan lagu, bukannya lagu kau. Sakit telinga abah dengar. Kau tunggu lagu abah ni keluar. Lagu kau tak cukup sedap, suara kau tak cukup sedap Cess.”-berang Aliff di Instagram
“Habis Laa Papa Nak Keluar Lagu Raya..”
Menjengah ruangan komen, perkongsian Aliff mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ada yang sempat meminta usahawan kosmetik ini untuk menjual mangga sahaja berbading merilis lagu baharu.
“Datuk, anak Datuk nyanyi lebih sedap dari Datuk masalahnya.”
“Patutlah mama kata Cess ni Aliff kuasa 2.”
“Datuk jual mangga je la, tak payah keluarkan lagu.”
“Mula dah…Bonda tengok ni.”
“Habis la papa nak buat lagu raya.”
“Dua-dua tak payah keluar laa abah.”
“Sorry abah. Lagu Cess on top sekarang. Abah cuba lagi tahun depan.”
“Alamak, perkara yang paling ditakuti netizen menjelang raya semakin tiba.”
“Dato bukan busy jual mangga ke? Fokus je la jual mangga sampai lepas raya.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.