Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Kalau Pandai Bawa Motor, Saya Cuba Jadi Penghantar Makanan”-Netizen Terhibur Leona Makin ‘Humble’

by Puteri Alia
February 10, 2025
96
KONGSIAN
Share on Facebook

Lucu dan sedikit kasihan, itu reaksi ramai apabila pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona meluahkan rasa kecewa setelah jaket berwarna merah jambu yang dibelinya dikatakan mirip dengan uniform syarikat servis penghantaran makanan.

Leona, yang merupakan anak perempuan kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman, tidak melenting apabila perkara itu dibangkitkan, malah dia dengan tenang bersetuju bahawa jaket tersebut memang mempunyai persamaan dengan warna uniform yang digunakan oleh penghantar makanan.

“Dalam video TikTok yang dikongsikan, Leona dengan bersahaja berkata, ‘Saya beli jaket ni mahal-mahal tapi sampai hati kalian cakap ‘tak tahu pula Leona buat servis penghantaran makanan’,” ujarnya sambil ketawa. Walaupun sedikit kecewa, Leona tidak marah, malah mengakui bahawa memang terdapat persamaan antara jaket yang dipakainya dengan warna yang dikenakan oleh penghantar makanan.

Leona juga sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa jika dia pandai menunggang motosikal, dia mungkin akan mencuba kerjaya sebagai penghantar makanan. “Sejujurnya, kalaulah saya pandai bawa motor, saya akan cuba pekerjaan tu. Namun, basikal pun saya tak reti bawa,” katanya sambil ketawa, menunjukkan sikapnya yang santai dan tidak mudah tertekan.

Tindakannya yang tidak melenting dan menerima sindiran dengan hati yang terbuka membuatkan netizen terhibur. Banyak komen positif yang ditinggalkan oleh pengikutnya di ruangan komen. “Bagus Leona, walaupun marah-marah dia tak pandang rendah pekerjaan orang lain,” kata seorang pengguna.

Ada juga yang memuji kemampuan Leona dalam berbahasa Melayu yang semakin baik. “Silap hari bulan, syarikat penghantar makanan itu lantik Leona jadi duta,” kata seorang lagi netizen, memberikan komen yang menyenangkan hati.

Walaupun disindir, sikap positif Leona menunjukkan dia seorang yang mudah menerima teguran dan tidak cepat melenting. Hal ini jelas menunjukkan bahawa meskipun dia seorang selebriti, Leona masih mampu melihat perkara dari sudut yang lebih ringan dan lucu.

Leona Tak Jadi Minat Lelaki Tua Botak, Kini Jatuh Hati Pada Lelaki Sepanyol
What’s your Reaction?
+1
2
+1
2
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
Leona
https://lomp.at/erhj2
Share38Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem