Saturday, June 21, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Ustazah Asma Harun Bersuara Isu Lelaki Berpakaian Wanita Di AJL39!-“Seperti Tak Ada Rasa Malu & Takut Dengan Azab…”

by Naddy Joe
February 20, 2025
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil bersuara terhadap isu yang tular di media sosial mengenai beberapa pempengaruh lelaki yang berpakaian menyerupai wanita di acara karpet merah di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), yang disiarkan secara langsung pada Ahad lalu.

Menerusi hantaran di laman Facebook dan Instagram, Ustazah Asma meluahkan rasa kecewa terhadap mereka yang sanggup berpakaian menyerupai wanita. Malah, wanita Islam pula tampil dengan berpakaian seksi di acara karpet merah tersebut.

“Sedih apabila acara berprestij sebegitu dijadikan tempat ‘mereka; berkumpul secara terbuka bahkan lelaki bersolek dan memperagakan pakaian sama seperti wanita.

Wanita Islam pula ramainya berpakaian seksi, sendat, melekat, ketat dan mencolok mata.

Ramai yang dah yang menegur, namun tidak dihiraukan, akhirnya situasi ini makin melarat, menjadi-jadi, makin berani, makin jauh dan seperti tak langsung rasa malu dan takut dengan azab Allah SWT.

Tak salah nak berfesyen, namun pakailah sesuai dengan pakaian seorang lelaki.”-tegur Ustazah Asma di Instagram

https://www.instagram.com/p/DGPmQAdy4rt/?img_index=1

Dalam pada itu, Ustazah Asma Harun turut menitipkan doa agar mereka diberikan hidayah serta mendapat pengakhiran yang baik.

“Bagaimana seandainya keadaan ini menjadi sebuah normalisasi malah lebih teruk pengiktirafan kerana ramainya orang yang sebut ‘tak apa’ dan ‘saya selesa’ pada perbuatan terlampau seksi dan menyerupai jantina lain.

Semoga mereka diberi hidayah, diampuni dosa dan dikurniakan pengakhiran yang baik. Setiap manusia tidak lari daripada kesilapan, namun pintu taubat Allah sentiasa terbuka.”-tulis Ustazah Asma lagi

Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja. Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
11
+1
3
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Ustazah Asma Harun
https://lomp.at/xmpal
Share12Tweet8SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem