Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida akhirnya tampil bersuara menceritakan punca masalah kesihatan yang dihidapi oleh anak perempuannya, Qadejah El Zahra sehingga terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan, baru-baru ini.
Kongsi Datin Seri Shahida menerusi hantaran di Instagram, leher Qadejah membengkak dengan besar adalah disebabkan jangkitan bakteria daripada kucing.
“Yang saya boleh bagitahu leher dia membengkak besar akibat jangkitan bakteria daripada kucing dan sakit. Bengkak tu berpunca daripada bakteria yang terkumpul.
Dia pula memang asal jumpa anak kucing semua dia bawa balik rumah. Sebagai mak ni kita ikhtiar, rawatan hospital kita dah pergi, rawatan yang berlandaskan sunah Al-Quran pun kita dah rujuk.
Saya mohon doa anda semua supaya Qadejah cepat sembuh seperti biasa.”-kongsi Shahida di Instagram
Pelbagai Reaksi Netizen
Perkongsian Shahida mencetuskan pelbagai reaksi netizen termasuklah berkongsi pengalaman yang mengalami situasi serupa seperti Qadejah. Malah, ramai yang menitipkan doa agar puteri sulung Aliff dan Shahida ini diberikan kesembuhan dengan cepat.
“Anak saya pernah kena infection sebelum ni, pelik tak tahu dari mana, Tapi malam sebelum tu dia ada main dengan kucing esok pagi bengkak dekat leher bawah telinga.”
“Cess memang suka kucing, kalau ada kucing, mesti bawa masuk sampai dalam bilik. Suka dan sayang sangat Cess kat kucing. Semoga Qadejah sihat seperti sediakala.”
“Ya Allah, makcik dah risau awal-awal, boleh dia nyanyi 😂. Syafakillah Qadejah.”
“Kalau kucing, batonella la kot. Take care Qadejah. Takut sangat dengan kuman kucing ni. Pernah kehilangan seseorang disebabkan kuman ni.”
Sama-sama kita doakan agar Qadejah diberikan kesembuhan dengan cepat…
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.