Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pengerusi MARA Dedah Che Ta Masih Gagal Langsaikan Hutang – “Jika Baki Hutang Dibayar, Boleh Membantu Hampir 50 Pelajar”

by Aphit J.
March 2, 2025
1.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini semua maklum bahawa pada 10 Disember tahun lalu, kediaman Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu oleh pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah.

Hal ini disebabkan kegagalan Che Ta untuk melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta yang diambilnya pada tahun 2017.

Masih Gagal Lunaskan Hutang

Terbaru, Majlis Amanah Rakyat (Mara) baru-baru ini mendedahkan bahawa Che Ta masih belum menyelesaikan baki hutang tertunggak sebanyak RM443,392 kepada agensi tersebut.

Pendedahan ini bertentangan dengan kenyataan Che Ta yang sebelum ini mendakwa bahawa dia telah melunaskan sepenuhnya pinjaman perniagaan yang diterima daripada Mara yang berjumlah hampir RM1 juta.

Menurut Harian Metro, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, setakat 18 Februari lalu, Che Ta hanya membayar RM689,307.59 daripada jumlah keseluruhan hutangnya.

Sudah Beri Tempoh Akhir

via Instagram Che Ta

Daripada jumlah itu, sekitar RM150,000 dibayar secara tunai di pejabat Mara, manakala bakinya melalui transaksi dalam talian.

Pembayaran tersebut dilakukan oleh Che Ta sebagai langkah untuk menangguhkan tindakan undang-undang oleh Mara yang berpotensi untuk melelong hartanya dan mengisytiharkan dia bankrap.

Asyraf Wajdi juga menjelaskan bahawa pihak Mara telah memberi tempoh akhir kepada Che Ta untuk melunaskan baki hutangnya sebelum 31 Mac ini.

MARA Tidak Berkompromi

Beliau menegaskan bahawa jika bayaran tersebut tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan tegas akan diambil terhadap Che Ta, sama seperti peminjam lain yang gagal membayar pinjaman mereka.

Pengerusi Mara itu menekankan bahawa dakwaan Che Ta yang mengatakan bahawa dia telah membayar semua hutangnya adalah tidak benar.

Jika baki hutang tersebut dibayar, ia boleh membantu hampir 50 pelajar di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM).

[VIDEO] Che Ta Kongsi Keadaan Aisyah Dhia Rana, Netizen Terpegun!- "Tidur Pun Cantik..."

Asyraf Wajdi juga menyatakan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, termasuk artis atau golongan terkenal, yang enggan membayar balik pinjaman mereka, kerana dana tersebut adalah milik rakyat yang seharusnya digunakan untuk membantu pelajar dan usahawan yang memerlukan.

What’s your Reaction?
+1
8
+1
2
+1
3
+1
5
+1
2
+1
7

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

che tarozita che wan
https://lomp.at/lgav8
Share448Tweet280SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem