Peminat mendakwa mereka terkejut selepas mengetahui aktor Bollywood, John Abraham secara terbukanya mengisytiharkan dirinya sebagai atheis dan menganggap beberapa tradisi agama sebagai tidak masuk akal.
Walaupun begitu, pengumumannya itu bukan bermakna dia menolak fahaman orang lain. Sebaliknya dia mengajak orang ramai untuk menggunakan akal dalam memahami agama, dan sepertinya, dia mennjadikan sukan sebagai agama dalam hidupnya.
John juga percaya terdapat masyarakat yang memahami nilai gaya hidup yang sihat ini. Dia memberitahu, sukan membuatkan dirinya memahami mengenai nilai displin dan menjaga diri.
“Saya tidak cuba menggembirakan semua orang. Saya melakukan ini untuk diri sendiri dan untuk mereka yang memahami nilai displin dan menjaga diri.”
Pada masa yang sama, John juga memberitahu dia percaya bahawa mayat dan kuil mesti dijaga serta dipelihara walaupun dia seorang atheis.
Selama lebih tiga dekad, John pergi ke gim setiap hari buka hanya untuk menjaga penampilannya. Tetapi kerana dia betul-betul menikmati proses untuk kekal cergas sepanjang hidup.
“Saya tidak melakukannya kerana narsisme. Saya percaya bahawa tubuh badan harus dijaga dengan displin, seperti kepercayaan agama seseorang.”
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.