Saturday, June 21, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Lebaran Lebih Bermakna, Bunga Isme Hadiahkan ‘Sebulan Raya’

by Naddy Joe
March 5, 2025
53
KONGSIAN
Share on Facebook

KEMERIAHAN berkumpul bersama keluarga saat menyambut lebaran pastinya dinantikan oleh sebahagian besar daripada kita. Paling mengujakan apabila dapat pulang ke kampung halaman sambil berkumpul beramai-ramai menjadikan sambutan Hari Raya begitu bermakna.

Hal yang sama turut ditunggu-tunggu oleh Bunga yang sering kali teruja untuk bersama keluarga merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Menariknya tahun ini dia menghadiahkan “Sebulan Raya” sebagai buah tangan terbaharu untuk peminat.

Bercerita mengenai single terbarunya itu, ini merupakan single raya pertamanya sejak menceburi bidang seni pada 2019 dan pastinya dia teruja berkongsi ‘vibe’ raya kali ini.

“Sejujurnya Sebulan Raya memang memberikan keterujaan kepada saya. Semuanya berlaku dalam masa yang singkat dan saya gembira kerana berpeluang bekerja dengan ramai pihak dalam menjayakan lagu raya ini.

Paling beruntung apabila dapat bekerjasama dengan abang Edry Abdul Halim yang bertindak selaku pencipta lagu ini. Memang ini antara kerjasama perdana yang sangat menarik sepanjang saya bergelar anak seni,” kata Bunga

Bercerita lanjut mengenai kerjasama itu lagi, semuanya berlaku secara tidak sengaja apabila dia menghadiri acara Muzikal Lawak Superstar tahun lalu. Ketika itu lagu Magika yang merupakan runut bunyi filem Magika diperdengarkan dan sangat menarik perhatiannya.

View this post on Instagram

A post shared by Noor Ayu Fatini (@bungaisme)

Dari situlah tercetusnya idea untuk menghasilkan sebuah naskhah baharu yang mempunyai ‘vibe’ seperti kebanyakan runut bunyi filem Magika yang ditayangkan kepada umum pada 2010.

“Sebulan Raya” merupakan lagu ciptaan Edry Abdul Halim dan diterbitkan oleh Warner Music Malaysia dan telah dilancarkan secara rasmi mulai 28 Februari lalu di semua platform digital.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran khas YouTube Warner Music Malaysia.

YouTube video

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Bunga Isme
https://lomp.at/5hxcd
Share21Tweet13SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  4. 4

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  5. 5

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem