Kalau kamu nak tahu, beberapa selebriti Bollywood bukan sahaja terkenal dengan bakat lakonan luar biasa mereka, tetapi juga dengan personaliti mereka yang dipenuhi dengan ego yang besar.
Nak tahu siapakah selebriti itu?
1. Salman Khan
Walaupun menjadi pelakon yang terlaris dalam industri Bollywood, Salman Khan sering dilabel sebagai pembuli kerana penguasaannya yang melampaui batas. Bukan itu sahaja, dia juga sering berselisih faham dengan rakan pelakon dan pengarah sepertI Vivek Oberoi dan Sanjay Leela Bhansali.
2. Jaya Bachchan
Terkenal dengan sikap tegas dan kadang kala kasar, Jaya Bachchan dilihat sering membuat komen pedas. Bukan itu sahaja, dia juga sering menjadi tajuk utama berita kerana sikap kurang ajarnya. Pendirian tegas dan tabiatnya menyuarakan fikiran telah menyebabkan Jaya dicop sebagai seorang yang ego.
3. Sonam Kapoor
Aktres yang popular dengan seleras fesyen yang tinggi ini juga tidak terlepas daripada kritikan berhubung ego. Dia sering mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan selebriti lain dan sikapnya yang tahu segala-galanya dilihat sebagai mementingkan diri sendiri yang tidak terkawal.
4. Shah Rukh Khan
Mempunyai daya tarikan dan kecerdasan yang luar biasa, ada masanya ego Shah Rukh Khan muncul pada waktu yang tidak dijangka. Salah satunya adalah ketika majlis hari jadi Katrina Kaif, apabila dia bergaduh dengan Salman dan juga pertengkarannya dengan pengawal keselamatan di Stadium Wankhede.
5. Kangana Ranaut
Aktres dan juga ahli politik, Kangana Ranaut terkenal dengan sikap mementingkan diri dan tabiat mengeluarkan kenyataan kontroversi. Antaranya adalah persengketaan dengan Karan Johar dan Hrithik Roshan. Dia juga tidak teragak-agak untuk mengkritik pelakon yang digemari peminat, salah satunya Shah Rukh Khan.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.