Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Raikan Hari Raya Dengan Rekaan Sulaman Eksklusif UNIQLO x Bunga & Bintang

by Naddy Joe
March 18, 2025
Share on Facebook

Peruncit pakaian global, UNIQLO berbesar hati memperkenalkan kolaborasi kedua bersama jenama tempatan, Bunga & Bintang, yang mempersembahkan rekaan sulaman bertemakan Raya yang istimewa di Re.UNIQLO Studio. Telah mula tersedia pada 15 Mac di UNIQLO Fahrenheit88 dan UNIQLO Tun Razak Exchange, rekaan ini menambahkan sentuhan perayaan untuk Aidilfitri.

5 Rekaan Eksklusif Inspirasi Aidilfitri

Menampilkan lima rekaan eksklusif, rekaan ini mendapat inspirasi daripada simbol-simbol Aidilfitri yang bermakna, termasuklah ketupat ikonik dan pelita Raya. Motif budaya ini telah diolah dengan penuh kreativiti bersama imej signatur Bunga & Bintang, iaitu kucing yang penuh ceria, menawarkan interpretasi kontemporari dan menarik terhadap tradisi.

Pelanggan juga boleh personalise pakaian UNIQLO mereka yang baharu ataupun yang sudah lama dengan reka bentuk sulaman, yang menghasilkan penambahan tersendiri untuk Raya wardrobe. Sama ada memberikan kesegaran semula pada pakaian lama atau menambahkan sentuhan unik pada pakaian baharu, customisation ini membolehkan anda memakainya lebih lama.

Tambahan pula, servis embroidery repair ini menawarkan cara yang bergaya untuk memberikan pakaian anda kehidupan kedua.

Rekaan edisi terhad ini mencerminkan komitmen UNIQLO untuk meraikan kraftangan dan budaya tempatan, menawarkan pelanggan dengan cara yang bermakna untuk meraikan semangat perayaan.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kolaborasi UNIQLO x Bunga & Bintang, anda boleh melayari laman web rasmi UNIQLO dan media sosial.

Topik Berkaitan UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

Jangan lepaskan peluang!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bunga dan bintangUniqlo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara