Aktres veteran Jaya Bachchan baru-baru dikritik selepas berkongsi pandangannya mengenai tajuk filem Akshay Kumar iaitu ‘Toilet: Ek Prem Katha’.
Kongsi Jaya, dia menyifatkan filem itu tidak menarik dan mempersoalkan kesesuaiannya. Bercakap terus terang semasa temu bualnya, Jaya mengkritik tajuk filem itu dengan menyatakan ianya bukan nama yang diharapkan untuk sebuah filem.
Bukan itu sahaja, dia juga mempersoalkan tentang berapa ramai orang yang benar-benar menonton filem itu dengan tajuk sedemikian.

Semasa temu bualnya, Jaya mengakui bahawa dia mempunyai keraguan untuk menonton filem seperti ‘Toilet: Ek Prem Katha’ yang dibintangi oleh Akshay itu.
“Lihat sahaja tajuk filem itu. Saya tidak akan pernah menonton filem dengan nama sedemikian. ‘Toilet: Ek Prem Katha’, adakah ia benar-benar sesuai?”

Bercakap kepada penonton, dia bertanya sama ada mereka boleh menonton filem dengan tajuk sedemikian dan hanya beberapa orang sahaja yang mengangkat tangan.
“Di antara begitu ramai orang, hampir empat orang sahaja yang angkat tangan mahu tonton filem itu. Ia sangat menyedihkan. Filem ini adalah gagal!”
Pendapatnya tentang filem itu menunjukkan rasa tidak selesa dengan tajuk filem yang tidak konvensional. Malah pada masa yang sama, Jaya menolak filem Akshay itu sebagai filem yang tidak akan menarik minatnya secara peribadi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.