Wednesday, July 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Puteri Sarah Hantar Bodyguardnya Jaga Bella Astillah? Pakai Serba Putih Teman Syed Saddiq

by Puteri Alia
March 20, 2025
483
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Bella Astillah tiba di Istana Kehakiman pada pukul 10.28 pagi tadi dengan memakai pakaian serba putih, menunjukkan sokongan kepada prosiding rayuan hari kedua yang melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bella yang hadir ditemani seorang pegawai peribadi wanita, sempat melambai kepada petugas media sebelum memasuki lobi Istana Kehakiman. Ketibaan Bella turut disusuli dengan kehadiran Syed Saddiq yang tiba pada pukul 10.20 pagi, lengkap dengan sut hitam dan ditemani oleh dua pegawainya.

Syed Saddiq hadir bagi menghadiri prosiding rayuan yang dijangka bermula pada pukul 10.30 pagi. Semalam, Mahkamah Rayuan mengumumkan bahawa tiada keputusan akan dibuat berkenaan rayuan beliau yang bertujuan untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, menyatakan keputusan tersebut ketika prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari semalam.

Hujahan bagi kedua-dua pihak ditetapkan untuk dijalankan selama dua hari, bermula semalam dan diteruskan pada hari ini. Sebelumnya, pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid, menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang yang berkaitan dengan dana Armada.

Terdahulu, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah kehadiran seorang pengawal peribadi wanita yang menemani Bella di perkarangan mahkamah. Ternyata, pengawal peribadi tersebut adalah milik rakan baik Bella, iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana.

Di ruangan komen, banyak netizen yang memuji tindakan Puteri Sarah yang mengambil berat terhadap keselamatan Bella, terutamanya dengan keadaan mahkamah yang sesak dan dipenuhi media. Mereka menganggap Puteri Sarah sebagai seorang sahabat yang penuh perhatian dan sentiasa peduli terhadap orang di sekelilingnya.

[VIDEO] Anak Bella Astillah 'Support' Sukan Syed Saddiq Buatkan Netizen Teruja!
Bella Astillahputeri sarahsyed saddiq
https://lomp.at/cedfd
Share193Tweet121SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Bollywood

[VIDEO] Gantung Labubu Pada Pakaian, Khushi Mukherjee Undang Kecaman Netizen

by Arsiqin Yusof
July 16, 2025

Baharu-baharu ini satu video Khushi Mukherjee tular di media sosial apabila kelihatan memadankan aksesori “Labubu” iaitu patung koleksi popular tergantung...

Read more
Lokal

[VIDEO] Ubai Kongsi Jawapan ‘Random’ Seth Uwais Ketika Disoal Guru, Netizen Terhibur!

Pempengaruh dan juga suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai berkongsi momen lucu mengenai anak tirinya, Seth Uwais ketika interview...

Read more
by Naddy Joe
July 16, 2025
via Instagram Nabila Huda
Lokal

‘Nabila’s Trauma’- Ceddy Ang Bersuara Isu Nabila Huda

Jarang-jarang nak nampak Ceddy Ang masuk campur hal kontroversi, tapi bila timbul isu Nabila Huda dikecam kerana dikatakan ‘tidak matang’...

Read more
by Phic ARMAN
July 16, 2025
Lokal

Bella Astillah Terharu Dapat Bermain Alat Muzik Bersama Tun Hasmah-“Tadi Ternangis Jap..”

Penyanyi, Bella Astillah berkongsi rasa teruja apabila dapat bermain alat muzik bersama isteri Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir...

Read more
by Naddy Joe
July 16, 2025
Lokal

[VIDEO] “Macam Ni Cara Kita Jaga Madu..”-Erma Fatima Pegang Tangan Amira Othman

Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen...

Read more
by Amirul Fikry
July 16, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok-“Macam Dah Dekat Tarikh Ni…”

Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, lahir pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, adalah ahli politik Malaysia yang...

Read more
by Amirul Fikry
July 16, 2025
Lokal

Shila Amzah Restu Ibu Kahwin Duda, Akui Tak Sempat Tetapkan Tarikh Nikah Tapi Minta Jangan Hebahkan Awal

“Semua orang berhak mengecapi kebahagiaan termasuk emak saya.” Itu jawapan penuh tenang dan terbuka daripada penyanyi terkenal, Shila Amzah, ketika...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Lokal

“Awie Minta Maaf”-Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Sebagai salah seorang figura senior dalam industri hiburan, Datuk Awie tampil dengan nada damai berhubung kemelut yang melibatkan Shila Amzah...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Lokal

Noorkhiriah Diselubungi Bau Kapur Barus Ketika Memandu, Dakwa Hampir Dihalau Entiti Misteri

Cemas, panik dan menggigil lutut, itulah yang dilalui pelakon berbakat besar Noorkhiriah ketika memandu sendirian di sebuah lebuh raya di...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Lokal

Syasya Rizal Bengang Disamakan Dengan Babi, Siap Sedia Saman Netizen Biadab!

Isu video tular memaparkan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, tanpa sengaja termakan daging babi sewaktu melancong ke China masih...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  3. 3

    [VIDEO] Kronologi Kes Shila Amzah & Amy Search: Dari Rehearsal, Netizen Keliru Sampailah Muncul Monolog ‘Heii Betina’

  4. 4

    [VIDEO] Terlalu Rindukan Arwah Ibu, Ramai Sebak Lihat Sky Menangis Dalam Tidur

  5. 5

    “Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem