• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

[VIDEO] ‘Keren’ Palembang, Rendang Daging Hilang

Baru tinggal 15 minit, rendang daging yang belum siap dimasak sudah lesap

by Arsiqin Yusof
March 24, 2025
Share on Facebook

Palembang – Selebriti media sosial yang terkenal, Willie Salim, mengalami kejadian yang tidak diduga apabila 200 kilogram rendang daging yang sedang dimasaknya hilang secara tiba-tiba semasa acara masak besar di Palembang, Sumatera Selatan.

Kejadian berlaku pada Selasa lalu, 18 Mac 2025 di kawasan Benteng Kuto Besak (BKB), di mana acara tersebut dianjurkan sebagai sesi berbuka puasa bersama masyarakat setempat.

Willie Salim, yang dikenali kerana sifat dermawannya, membeli seekor lembu seberat 200 kilogram bernama Bambang dengan harga kira-kira lebih daripada RM13 ribu untuk dimasak dan dikongsi bersama orang ramai.

@williesalim

RENDANG 1 EKOR SAPI!! PALEMBANG❤️

♬ original sound – WILLIE SALIM – WILLIE SALIM

Rendang Lesap dalam Sekelip Mata

Proses memasak bermula seperti biasa dengan bahan-bahan dan daging dimasukkan ke dalam kuali besar. Namun, ketika proses memasak sedang berjalan, Willie Salim meninggalkan kawasan memasak sebentar untuk ke tandas dan meminum air di keretanya. Apabila kembali, beliau terkejut mendapati daging rendang yang masih dalam proses memasak telah licin hilang sepenuhnya.

Menurut seorang anggota polis yang bertugas di lokasi, orang ramai telah diingatkan supaya tidak berebut mengambil makanan kerana kuali masih panas dan boleh membahayakan keselamatan orang awam terutama anak kecil. Namun, peringatan tersebut tidak diendahkan, dan dalam sekelip mata, kesemua daging rendang yang masih belum siap masak telah diambil oleh orang ramai.

“Kami sudah cuba usaha sedaya upaya untuk mengawal keadaan namun daging lenyap tak sampai 1 minit”

Apa yang mengejutkan Willie ada jumlah daging yang dibelinya adalah ratusan kilogram namun hilang dalam beberapa minit. dan tertanya penduduk mengambil lauk tersebut menggunakan peralatan apa,

“Mereka ambil guna besen, plastik dan gayung” balas polis yang bertugas

Seorang pengguna @4rryz Tiktok memuat naik video keadaan di lokasi kejadian dan dilihat ada penduduk mengambil rendang daging menggunakan kuali.

@4rryz

Detik² rendang Willi ilang #rendanghilang #willisalimbagibagi @williesalim #palembang #rendangdaging

♬ suara asli – `Aryy – `Aryy

Willie Salim Kecewa tetapi Kekal Positif

Willie tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya dan agak kecewa dengan tindakan penduduk disitu. Dalam satu video yang dimuat naik ke media sosial, beliau menunjukkan kuali besar yang hanya tinggal sedikit kuah rendang tanpa sebarang daging di dalamnya.

Selepas kejadian, Willie membuat siaran langsung di akaun Tiktok miliknya untuk menjelaskan isu berkenaan, beliau juga sempat berseloroh dan meninggalkan pesanan buat penduduk yang mengambil daging tersebut.

“Rendangnya sedikitpun tidak ada yang tersisa, ini betul-betul puasa, Cuma saya pesan, tolong masak lagi daging itu di rumah ya”

Insiden ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, ramai yang meluahkan rasa simpati dan kekesalan terhadap kejadian tersebut. Namun begitu, Willie tetap berterima kasih kepada semua yang menyokongnya dan berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang pada masa akan datang.

[VIDEO] “Anak Saya Hilang Tiga hari!’- Bapa Menangis Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh di Sibolga
IndonesiapalembangRendang Daging
https://lomp.at/2t9sw
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Viral

Penggemar Video Sundal Gelarkan Tertuduh, ‘Daddy Ash’ Sebagai Sifu, – “Bagi Tips Mahaguru”

by Zaidin Albert
January 26, 2024

Tertuduh yang dikenali dengan nama 'Daddy Ash' atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 merupakan individu yang di...

Read moreDetails
Viral

“Penat Tau Setan”– Isteri Bekas Atlet Paralimpik Bengang Dituduh Meroyan Pasal Se*ks

by Zaidin Albert
November 25, 2025

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila isteri bekas atlet Paralimpik, Suffi Sofea, meluahkan rasa “naik angin” dalam satu perkongsian...

Read moreDetails
Lokal

100% Wajah Sama Dengan Artis, Kembar Pakya Sepahtu Merupakan Seorang Pengetua Sekolah

by Puteri Alia
April 7, 2023

Wajah pelanduk dua serupa dalam kalangan selebriti tanah air ini bukanlah satu hal yang pelik lagi, bahkan ada yang hampir...

Read moreDetails
Viral

Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

by Jash Lee
September 12, 2023

Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey masih hangat lagi dibincangkan sehingga ke hari...

Read moreDetails
via TikTok Dr. Marsha Samuel
Viral

“Saya Student Sederhana Je”- Saintis Dari Bumi Kenyalang Ini Jadi Sumber Inspirasi Netizen

by Puteri Alia
January 27, 2023

Tular sebuah video yang dikongsikan oleh saintis negara, Doktor Marsha Samuel di akaun TikTok nya menjadi perhatian dan bualan hangat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore