Viral di India, John Abraham baru-baru ini ada berkongsi mengenai kisah “ciuman terbaik” dalam hidupnya. Apa yang membuatkan ramai terkejut dengan perkongsiannya itu, John memberitahu ciuman itu bukan daripada isterinya, Priya Runchal, tetapi Shah Rukh Khan!

Dalam salah satu temu bual, John ditunjukkan gambar Shah Rukh Khan yang menciumnya ketika berada di parti filem ‘Pathaan’. Mengimbas kembali momen itu, John mendedahkan ianya ciuman yang paling tidak dapat dilupakannya.
“Itu mungkin ciuman terbaik yang saya perolehi dalam hidup dan ia adalah daripada Shah Rukh Khan dan bukannya daripada seorang wanita. Ciuman itu terjadi ketika parti kejayaan ‘Pathaan’.”
@kirannsharmaa The bromance is real 👯♂️ #bollywood #fyp #foryou #srk
Tidak berhenti memuji Badshah Bollywood, Shah Rukh Khan, John memberitahu bahawa aktor itu adalah seorang yang berbakat dan sangat kacak.
“Sesungguhnya dia seorang lelaki yang kacak, manusia yang menawan dan sangat penyayang. Dia juga sangat pemurah!”
Diarahkan oleh Siddharth Anand, filem ‘Pathaan’ ditayangkan pada tahun 2023 dan telah memecahkan semua rekod box office. Filem ini menjadi salah satu kutipan hujung minggu pembukaan tertinggi dalam sejarah pawagam Hindi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.