Pelakon Rani Mukerji pernah menceritakan kisah luar biasa mengenai saat kelahirannya. Dia mendedahkan bahawa sejurus selepas dia dilahirkan, perubahan nasib yang luar biasa berlaku iaitu dia secara tidak sengaja bertukar dengan seorang lagi bayi yang baru lahir, berasal daripada keluarga Punjabi.
Dalam temu bual lamanya. Rani berjenaka menceritakan ibunya tidak berhati-hati selepas melahirkannya dan bagaimana dia ditemui semula.

Sebaik sahaja dia dilahirkan, pihak hospital menyerahkan bayi semula kepada ibunya. Tetapi ibunya menyedari bahawa bayi yang digendongnya itu bukan Rani.
Seterusnya dia mendedahkan bahawa ibunya memulakan pencarian yang bersungguh-sungguh, memeriksa setiap bilik dengan teliti dan akhirnya menemui Rani dalam jagaan pasangan Punjabi lain.

Rani mendedahkan bahawa ibunya mengenal pasti dia dengan jelas melalui warna matanya yang berbeza, menunjukkan ianya satu detik yang menyatukannya semula dengan ibu.

Rani turut mendedahkan bahawa sehingga kini, ibunya gemar bergurau mengenai kejadian yang tidak dapat dilupakan itu. Pelakon itu juga menyebut bahawa budaya Punjabi terus mempengaruhi kehidupannya dan juga keluarga.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.