Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[VIDEO] Kenapa Galaxy Ring Lebih Mahal dari Galaxy Watch? Ini Keistimewaanya Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
April 10, 2025
Share on Facebook

Pernah terfikir kenapa Galaxy Ring ni lebih mahal daripada Galaxy Watch, walaupun saiz dia lebih kecil? Sebenarnya, Galaxy Ring ada banyak ciri canggih yang tak ada pada Galaxy Watch. Jom tengok apa yang buat Galaxy Ring ni lebih berbaloi dengan harga lebih tinggi.

1. Penjejakan Tidur dengan AI

Galaxy Ring ada AI yang bantu anda cek kualiti tidur. Ia boleh kesan dengkuran, pergerakan, tidur yang tak cukup, denyutan jantung, dan pernafasan. Jadi, anda boleh tahu macam mana tidur anda dan buat perubahan untuk tidur yang lebih lena.

2. Pengesanan Kitaran Haid

Buat wanita, Galaxy Ring boleh pantau kitaran haid guna suhu kulit. Tapi kalau pakai kontraseptif atau sedang ambil ubat hormon, ciri ni tak akan berfungsi.

3. Skor Tenaga dengan Galaxy AI

Galaxy Ring akan bagi anda skor tenaga berdasarkan tidur, aktiviti, denyutan jantung, dan kesihatan jantung. Ini semua untuk bagi anda gambaran macam mana tubuh anda berfungsi sepanjang hari. Plus, akan ada tips peribadi untuk tingkatkan kesihatan anda, yang boleh baca terus di telefon Android.

4. Amaran Kadar Jantung

Galaxy Ring ada ciri amaran denyutan jantung, kalau tiba-tiba jantung anda terlalu laju atau terlalu perlahan, ia akan bagi notifikasi terus ke telefon. Jadi, boleh pantau jantung dengan lebih mudah.

Topik Berkaitan Samsung Perkenal Barisan TV Berkuasa AI, Harga Bermula Dari RM6,399

5. Pengesanan Senaman Automatik

Tak payah nak tekan apa-apa, Galaxy Ring secara automatik kesan kalau anda tengah berjalan atau berlari. Senang kan, tak perlu risau tertinggal rekod aktiviti.

6. Gerak Isyarat & Cari Cincin Saya

Nak ambil gambar atau matikan penggera? Cuma mencubit dua kali pada Galaxy Ring. Kalau hilang pula, guna je Cari Cincin Saya dalam Samsung Find untuk cari semula.

Walaupun Galaxy Ring ni lebih kecil, ciri-ciri dia jauh lebih advanced. Harga lebih tinggi memang berbaloi dengan semua teknologi yang ada dalam cincin kecil ni. Jadi, kalau nak jaga kesihatan dengan cara yang cool, Galaxy Ring memang pilihan tepat.

Galaxy Ring kini boleh didapati dengan harga RM2,099, dan datang dalam sembilan saiz pilihan untuk pastikan ia sesuai dengan jari anda. Tak lupa juga, ada tiga pilihan warna yang bergaya — Titanium Black, Titanium Silver, dan Emas Titanium.

Untuk masa terhad, dari 9 April hingga 30 April 2025, Samsung Malaysia memberikan peluang kepada pengguna Galaxy Z Siri dan Siri S untuk membeli Galaxy Ring. Setiap unit Galaxy Ring akan disesuaikan dengan saiz jari anda, jadi ia pastinya akan sesuai dengan sempurna dan melengkapkan gaya hidup anda.

YouTube video

Apa kata anda? Nak try Galaxy Ring atau masih setia dengan Galaxy Watch?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Galaxy Ringsamsung
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  2. 2

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  3. 3

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara