Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

[VIDEO] Rezeki Tak Disangka! 1,000 Asnaf Akan Ditaja Tunai Umrah

by Phic ARMAN
April 19, 2025
Share on Facebook

Kalau selama ni teringin sangat nak jejak kaki ke Tanah Suci tapi keadaan kewangan tak mengizinkan, berita ni mungkin jadi titik perubahan hidup anda. Sempena ulang tahun kelima penubuhannya, ikhlas.com tengah cari 1,000 orang asnaf dari seluruh Malaysia untuk ditaja menunaikan Umrah!

Ya, ditaja sepenuhnya – dari tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, mutawif yang bimbing sepanjang ibadah, sampai ke lawatan ziarah. Semuanya akan diuruskan oleh ikhlas.com, yang merupakan platform gaya hidup Islam di bawah Capital A (dulu dikenali sebagai AirAsia).

Tapi mesti ramai tertanya… “Macam mana nak jadi salah seorang yang terpilih?”

Caranya senang je. Kalau anda tergolong dalam kategori asnaf – maksudnya termasuk golongan yang kurang berkemampuan seperti fakir, miskin, muallaf dan sebagainya – anda atau sesiapa yang kenal anda boleh hantar pencalonan melalui Instagram. Cuma post gambar atau video yang tunjuk keadaan hidup anda (atau orang yang dicalonkan), dan jangan lupa letak #IkhlasUmrah1000Asnaf. Cerita sikit kenapa anda (atau calon anda) layak untuk ditaja. Jujur, ikhlas, dari hati.

View this post on Instagram

A post shared by Ikhlas Com Travel and Umrah Sdn Bhd (@ikhlasdotcom)

Lepas tu, team dari ikhlas.com akan semak semua pencalonan, dan mereka sendiri akan turun padang untuk temuramah dan tengok keadaan sebenar calon yang disenarai pendek. Dari situlah mereka akan buat keputusan siapa yang akan menerima tajaan Umrah ni.

Apa yang menarik, proses pemilihan ni bukan biasa-biasa. Mereka ada satu kereta klasik, Mercedes S124 300TE yang dinamakan Qashwa, dan kereta ni akan jelajah satu Malaysia – dari kampung ke bandar, dari Semenanjung sampai ke Sabah Sarawak – untuk cari calon yang paling layak. Dalam jelajah tu jugak, mereka akan bawa barang-barang bantuan macam makanan dan pakaian untuk disalurkan kepada komuniti setempat.

View this post on Instagram

A post shared by Ikhlas Com Travel and Umrah Sdn Bhd (@ikhlasdotcom)

Kempen ni bukan saja tentang tajaan Umrah, tapi juga tentang menyebarkan semangat tolong-menolong dalam masyarakat. ikhlas.com pun ajak NGO, masjid, syarikat-syarikat dan sesiapa saja yang nak bantu, untuk sama-sama jayakan kempen ni. Lagi ramai yang bantu, lagi luas impaknya.

Untuk yang nak tahu lebih lanjut, boleh je layari ikhlas.com, atau muat turun aplikasi Ikhlas dekat Apple App Store atau Google Play. Jangan lupa follow Instagram mereka di @ikhlasdotcom sebab semua perkembangan akan dikongsi kat sana.

Jadi kalau anda atau seseorang yang anda kenal betul-betul layak dan perlukan peluang ni, jangan tunggu lama-lama. Siapa tahu, rezeki anda untuk jadi Tetamu Allah mungkin datang dari kempen ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasiaAsnafIkhlasIkhlasUmrah1000Asnaf
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara