Adakah kamu tahu bahawa kekasih pertama Amitabh Bachchan bukanlah Jaya Bachchan atau pun Rekha tetapi seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari?
Hubungan mereka tidak dilaporkan tidak bertahan lama dan akhirnya Amitabh Bachchan memutuskan hubungan tersebut kerana nasihat abang Mehmood iaitu Anwar Ali.

Semasa podcast bersama Meri Saheli, pengarang filem terkenal Hanif Zaveri, ada bercakap tentang hubungan cinta pertama Amitabh Bachchan. Menurutnya kekasih pertama Amitabh yang bernama Maya ialah seorang pramugari yang bekerja untuk British Airways.
Kongsi Hanif, hubungan pertama Amitabh bermula di Kolkata semasa dia bekerja di syarikat itu. Pada masa itu, Maya datang dalam hidupnya dan kedua-duanya jatuh cinta antara satu sama lain.

Apabila Amitabh pergi ke Mumbai untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan, dia tinggal bersama bapa saudaranya. Maya sering melawat dan Amitabh menjadi takut ibunya, Teji Bachchan akan mengetahui tentang Maya daripada bapa saudaranya.

Maya merupakan wanita yang sangat berani dan tidak segan untuk menggoda Amitabh secara terbuka. Dia tidak selesa dan berkongsi kebimbangannya dengan abang Mehmood, Anwar Ali.
Mendengar luahan Amitabh, Anwar memintanya untuk berpisah dengan Maya.
“Awak tidak dapat menghabiskan hidup dengan Maya. Dia akan menjadi sukar baginya untuk menyesuaikan diri dengan keluarga Bachchan, dan apabila kamu bergerak ke hadapan, lebih banyak masalah akan timbul’.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.