Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] ‘Macam Ni La Sepatutnya Majlis Kahwin’- Warganet Puji Majlis Perkahwinan Irdina Hakim

by Phic ARMAN
May 1, 2025
1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Majlis perkahwinan Irdina Hakim Jasman, anak kepada arwah usahawan kosmetik terkenal Faziani Rohban Ahmad, jadi perhatian ramai – bukan sebab kemewahan, tapi kerana cara layanan yang cukup istimewa untuk semua tetamu.

Majlis yang berlangsung pada 25 April tu memang meriah, tapi yang paling dipuji ramai adalah sikap keluarga pengantin yang langsung tak bezakan siapa yang datang. Tak kira ahli keluarga, jiran, pelanggan setia Dnars, pengikut media sosial, atau orang kampung – semua dijemput dan dilayan sama rata.

Tak ada langsung konsep VIP, kerusi khas, atau layanan istimewa untuk orang berpangkat. Semua duduk, makan, dan diraikan dalam suasana penuh mesra dan terbuka.

Pempengaruh terkenal, Izmer Mustapha (Abang Lal Senok Perut) pun sempat berkongsi rasa kagum dekat Facebook. Katanya, walaupun keluarga ni mampu buat majlis gah di hotel, mereka pilih untuk adakan kenduri dekat rumah arwah ibu Irdina – dan layanan pun cukup sederhana tapi penuh makna.

“Semua orang dijemput, tak ada beza pangkat. Layanan pun sama je untuk semua,” tulis Izmer.

View this post on Instagram

A post shared by Izmer Mustapha (@zmer.mustapha)

Perkara macam ni mungkin nampak kecil, tapi bagi ramai tetamu dan warganet, ia sangat bermakna. Ruangan komen pun penuh dengan pujian.

“Macam ni la sepatutnya majlis kahwin – semua orang dihargai,” tulis seorang pengguna.

“Yang support bisnes, selalunya orang biasa. Layanan macam ni buat orang rasa dihormati,” tambah seorang lagi.

Majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 tetamu ni bukan saja meriah, tapi juga penuh nilai. Ramai juga yang tersentuh bila tengok wajah Irdina yang dikatakan saling tak tumpah macam arwah ibunya. Gambar dan video sekitar majlis pun tular di media sosial – ramai yang tumpang gembira tengok pasangan ni diraikan dengan penuh kasih sayang, tanpa beza darjat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Irdina Hakim Jasman
Share409Tweet256SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara