Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

3 Model Terbaharu Volkswagen Edisi Khas Ini Ada Ciri Yang Buat Ramai Cemburu

by Phic ARMAN
May 7, 2025
Share on Facebook

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) bawa kejutan berganda ke Malaysia Autoshow 2025 dengan pelancaran beberapa model edisi khas yang cukup menarik! Antara yang jadi tumpuan ialah Wolfsburg Edition untuk Arteon R-Line dan Tiguan Allspace, serta Golf GTI Black Edition yang tampil garang dan penuh gaya.

Wolfsburg Edition – Gaya & Warisan Jerman dalam Satu Pakej

Tiga model edisi khas diperkenalkan kali ini sebagai penghormatan kepada Wolfsburg, tempat lahir jenama ikonik Volkswagen:

  • Tiguan Allspace Elegance – RM210,990 (promosi: RM180,990)
  • Tiguan Allspace R-Line – RM263,990 (promosi: RM243,990)
  • Arteon R-Line – RM304,990 (promosi: RM264,990)

Apa yang best? Semua model datang siap dengan pakej penjagaan Volkswagen Assurance Package (VAP) – termasuk servis percuma selama 7 tahun, jaminan tanpa had perbatuan, dan aksesori eksklusif.

Antara ciri menarik pada Wolfsburg Edition:

  • Logo khas Wolfsburg, karpet dan kotak pemilik edisi istimewa
  • Dashcam depan dan belakang dengan teknologi Sony Starvis – rakam video QHD yang jelas walau waktu malam
  • Penutup injap logo VW & kemasan premium yang buat kereta nampak lebih “solid”

Arteon R-Line ada tambahan macam lampu logo LED, penutup hab dinamik VW dan “cargo elements” khas. Tiguan Allspace pula lengkap dengan bekas but tahan lasak, pemegang tablet, pedal aluminium, pelindung bucu bampar dan banyak lagi.

Kenapa Dato’ Azizulhasni Jadi Pilihan Volkswagen?

Golf GTI Black Edition – Lebih Gelap, Lebih Garang

Untuk yang sukakan gaya stealth dan kuasa GTI, inilah model yang ditunggu-tunggu! Golf GTI Black Edition tampil dengan sentuhan warna gelap dan prestasi mantap, pada harga RM258,990 (promosi: RM243,990).

Didatangkan dalam dua warna yang bold – Deep Black dan Kings Red – versi ini memang lain daripada biasa. Rim 18” Richmond hitam, logo ‘BLACK’ pada tiang-B, dan kemasan gelap di seluruh badan buatkan kereta ni nampak agresif tapi elegan.

Apa lagi yang menarik?

  • Dashcam UTR 2.0 depan dan belakang – rakam video cantik walaupun malam
  • Elemen kargo dengan velcro – barang tak bergerak sana sini
  • Karpet edisi khas dan kotak pemilik eksklusif dengan sijil ketulenan

Sama macam model Wolfsburg Edition, GTI Black Edition juga datang dengan servis percuma 7 tahun, jaminan tanpa had perbatuan, dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun.

Semua model edisi khas ni akan buat debut rasmi di Malaysia Autoshow 2025, yang berlangsung di MAEPS Serdang dari 9 hingga 15 Mei 2025. Nak rasa sendiri kehebatan dan gayanya? Boleh terus buat tempahan di pengedar sah Volkswagen seluruh Malaysia!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Volkswagen
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara