Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi Automotif

[VIDEO] Kenapa JAECOO Ambil Langkah Tukar Nama Jadi OMODA ꟾ JAECOO?

by Phic ARMAN
May 8, 2025
192
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam sambutan ulang tahun pertamanya di Malaysia Autoshow 2025, jenama JAECOO tampil dengan satu perubahan besar. Mereka kini dikenali sebagai OMODA ꟾ JAECOO.

Tapi kenapa tiba-tiba tukar nama? Ini kerana mereka yakin dan serius dengan pasaran Malaysia!

Menurut Naib Presiden OMODA ꟾ JAECOO, Emily Lek, penjenamaan semula ni bukan sekadar tukar nama , tapi ia gambaran penuh keyakinan mereka terhadap potensi pasaran dan minat pengguna di sini.

“Kami jenama yang dinamik dan faham apa pengguna mahukan. Jadi, kami nak bawa pengalaman yang lebih baik dan lebih peribadi untuk semua pemilik kenderaan OMODA ꟾ JAECOO,” jelas Emily.

Langkah ini juga menandakan komitmen jenama ni untuk terus berkembang sebagai pilihan utama dalam kategori SUV premium yang tahan lasak, terutamanya buat pengguna moden yang pentingkan gaya dan teknologi.

Bukan Sekadar Tukar Nama – Tapi Naik Taraf Jenama!

Penjenamaan semula ini juga dibuat sebab OMODA ꟾ JAECOO percaya yang mereka dah bersedia naik ke tahap seterusnya. Dalam masa setahun je, jenama ni berjaya:

  • Dapat lebih 12,000 pendaftaran SUV (termasuk model ICE dan hibrid),
  • Ada 45 pengedar sah di seluruh negara,
  • Dan berkembang ke 42 negara dengan lebih 1,300 bilik pameran!

Dengan semua pencapaian ni, mereka nak pastikan jenama mereka bukan sekadar dikenali sebagai “kereta baru”, tapi sebagai gaya hidup premium untuk orang yang tahu apa mereka nak.

OMODA ꟾ JAECOO mahu bawa sesuatu yang lebih segar dan jenama yang bukan saja bergaya, tapi juga pintar, lestari, dan dikuasakan teknologi terkini.

Jadi, kalau anda perasan nama baru ni muncul di jalan raya, ingat, ini bukan sekadar perubahan saja-saja tapi simbol jenama yang dah ‘upgrade’ dan bersedia untuk cipta pengalaman lebih hebat untuk pemandu di Malaysia dan seluruh dunia.

[VIDEO]Jaecoo J5 EV Curi Tumpuan Di Auto Shanghai 2025, Jadi Tarikan Utama Di Booth Chery!

OMODA C7 Neo Crossover – Simbol Arah Baharu Jenama

Sebagai pelengkap kepada penjenamaan semula mereka, OMODA ꟾ JAECOO turut memperkenalkan model baharu yang mencuri tumpuan ramai. OMODA C7 Neo Crossover. Model ini dipertontonkan buat pertama kalinya di Malaysia Autoshow 2025 dan dijangka bakal menggegarkan segmen crossover C di pasaran tempatan.

Apa yang menarik, OMODA C7 bukan sekadar cantik luaran, tapi ia juga mewakili hala tuju baharu jenama ni yang lebih berani, moden dan berfokus kepada gaya hidup pengguna. Ia selari dengan misi mereka untuk menjadi jenama SUV premium yang bukan hanya lasak, tapi juga penuh gaya dan teknologi pintar.

Walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi, pratonton C7 ini menjadi simbol bahawa OMODA ꟾ JAECOO bukan hanya tukar nama, tapi juga sedia untuk perkenal generasi baharu kenderaan yang lebih sesuai dengan citarasa masa kini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
2
+1
1
+1
0
Emily LekJaecooOmodaOMODA ꟾ JAECOO
https://lomp.at/c7n6g
Share77Tweet48SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem