Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“First Time Tengok Abang Sulung Tokti, Adik Beradik Lelaki Yang Lain Pun Tak Pernah Tengok”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ismakarisma_tipsberkebun yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini peroleh jumlah tontonan sebanyak 158 ribu, tanda suka sebanyak 3,173 dan sebanyak 90 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang berduet menyanyi bersama abang sulungnya dengan lagu berjudul Kamelia.
@
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa itu adalah kali pertama lihat adik beradik lelaki Tokti di dedahkan kepada umum kerana sebelum ini hanya melihat adik beradiknya yang perempuan sahaja.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?