Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan Destinasi

B.Duck City Funs: Taman Tema Ikonik Pertama Di Asia Tenggara Kini di Malaysia!

by Aphit J.
May 18, 2025
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat julung kalinya, watak ikonik B.Duck hadir di Malaysia melalui taman tema B.Duck City Funs, dibuka di PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil sehingga 2 November 2025.

Pertama Di Asia Tenggara

via Pavilion Bukit Jalil

Inisiatif oleh One Universe ini merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan menjanjikan pengembaraan penuh warna serta keseronokan untuk semua peringkat umur.

Taman tema ini menampilkan pelbagai tarikan interaktif seperti Bathroom Battle, Treasure Pirate Ship, dan Windmill Trampoline yang pasti memikat hati pengunjung.

Selain permainan menyeronokkan, terdapat juga zon bergambar seperti Romantic Paris dan Around The World, sesi bertemu B.Duck, serta aktiviti “memburu itik” di seluruh pusat membeli-belah.

Pelbagai Koleksi Istimewa

via Pavilion Bukit Jalil

Kerjasama strategik bersama Klook membolehkan pengunjung menempah tiket awal dengan diskaun hingga 10%, serta mengelakkan barisan panjang.

Tiket bermula dari RM15, manakala Family Day Pass untuk empat orang hanya RM150, dengan akses tanpa had ke semua permainan.

B.Duck City Funs juga menawarkan zon cenderamata eksklusif dengan pelbagai koleksi istimewa serta gerai makanan antarabangsa dan tempatan yang beroperasi secara bergilir.

Memperluaskan Lagi Taman Tema

via Pavilion Bukit Jalil

Menurut Dato’ Joyce Yap dari Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd., taman tema ini menyatukan keluarga dan pencinta B.Duck dalam satu ruang imaginasi.

Alvin Lee dari One Universe turut menyatakan hasrat untuk memperluas taman tema ini ke Pulau Pinang dan Johor Bahru serta melalui model francais di negeri lain.

Taman tema ini dibuka Jumaat hingga Ahad (11:00 pagi – 10:00 malam) dan Isnin, Rabu, Khamis (2:00 petang – 10:00 malam). Tutup setiap Selasa kecuali cuti umum.

Rancang kunjungan anda di www.pavilion-bukitjalil.com dan ikuti media sosial Pavilion Bukit Jalil untuk maklumat lanjut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

B.DuckB.Duck City Funs
https://lomp.at/xc0tg
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem