• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Saya dengan Amira, Tak Perlu Cerita Lebih-lebih”-Fattah Amin Masih Percaya Cinta

by Puteri Alia
May 19, 2025
4.4k
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Fattah Amin mengakui bahawa hatinya masih percaya pada makna cinta meskipun pernah melalui kegagalan rumah tangga bersama bekas isteri, Fazura. Bagi aktor berusia 34 tahun itu, kegagalan bukan penamat segalanya, sebaliknya menjadi pengajaran untuk lebih berhati-hati dan matang dalam menguruskan perasaan serta kehidupan peribadi.

Namun begitu, Fattah lebih memilih untuk tidak terlalu terbuka dalam berbicara mengenai soal hati, terutamanya apabila nama penyanyi dan pelakon Amira Othman sering dikaitkan dengannya. Ujarnya, perkara sebegini lebih baik disimpan rapi demi menjaga perasaan banyak pihak.

“Bercakap mengenai cinta, kalau boleh saya mahukan perkara ini tidak diceritakan secara terbuka sebab benda pun mungkin ada, mungkin tiada, kita pun tak tahu kan. Kita sebenarnya fokus dengan kerjaya sahajalah. Macam saya dengan Amira, saya pun tak boleh nak cerita lebih-lebih, saya kena hormat dia dan keluarganya,” katanya dalam sebuah temu bual baru-baru ini.

Fattah yang kini membawa watak utama dalam drama Kulit Wayang turut menjelaskan bahawa perkongsian mengenai kehidupan peribadi akan dibuat hanya jika dirasakan sesuai dan tidak mendatangkan ketidakselesaan. Prinsipnya mudah, berkongsi jika manis, diam jika boleh mengundang salah faham.

“Soal cinta ini memang bergantung kepada keadaan. Kalau rasa tak manis untuk berkongsi, kita jangan kongsi. Kalau perkara itu ada kemanisan, membuatkan orang lain rasa senang, kita kongsi. Selagi kita jaga batas, sudah cukup,” tambahnya dengan tenang.

Kenyataan duda anak satu itu nyata meraih perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji pendekatannya yang matang dan penuh hormat terhadap semua pihak yang terlibat. Ada yang menyifatkan Fattah sebagai seorang lelaki budiman yang bijak menjaga aib serta maruah orang lain, selain tidak terikut-ikut dengan trend menunjukkan kisah cinta secara terbuka di media sosial.

Sissy Iman Dedah Amira Othman Tak Pernah Tinggal Solat, Sanggup Tahan Diri Demi Wuduk

Dalam diam, hubungan antara Fattah dan Amira terus menjadi perhatian. Mereka pernah bergandingan dalam beberapa kempen jenama terkenal dan kemesraan mereka kerap mencetuskan spekulasi bahawa wujud hubungan lebih daripada sekadar rakan artis. Meskipun tiada pengesahan rasmi, peminat tetap mendoakan yang terbaik, malah ada yang percaya keluarga kedua-dua belah pihak turut merestui andai benar ada benih cinta yang sedang mekar.

Bagi Fattah, biarlah segala-galanya berjalan secara semula jadi. Jika jodoh itu datang sekali lagi, dia bersedia untuk menyambutnya, kali ini dengan lebih berhati-hati dan penuh rasa syukur. Yang penting, cinta tidak perlu dijeritkan kepada dunia, cukup jika ia dijaga dengan ikhlas dan hormat.

Amira Othmanfattah amin
https://lomp.at/lzltm
Share1764Tweet1102SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Penangan Siti Nurhaliza: Baju Raptai Hijau Terus ‘Sold Out’ Lepas Tular!

by Aphit J.
August 31, 2025

Siapa yang tak kenal dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza? Penyanyi nombor satu negara ini bukan sahaja disanjung kerana suaranya yang...

Read more
Lokal

Fatiya Latiff Sindir Netizen Tak Tahu Apa Dia Lalui- “Saya Mungkin Buruk, Tapi Ini Cara Saya Bertahan”

Kerap menjadi sasaran kecaman netizen berhubung perubahan wajahnya, pelakon terkenal Fatiya Latiff akhirnya tampil bersuara dengan nada penuh ketegasan. Mengakui...

Read more
by Puteri Alia
August 9, 2025
Foto - MawiWorld (FB)
Lokal

Pernah Kalahkan Cristiano Ronaldo, Mawi Cari Semula Syiling Cetakan Wajahnya

Jika kamu ingat, suatu ketika dahulu penyanyi Mawi pernah mencetuskan fenomena apabila dia memenangi tempat pertama dalam rancangan nyanyian, Akademi...

Read more
by Nurul A.
August 4, 2025
Lokal

Hael Husaini Hadir Dengan Dua Single Terbaharu: ‘Peluk’ & ‘Alangkah’

Penyanyi, komposer, serta storyteller tekenal, Hael Husaini mengubat rindu peminat dengan pelancaran dua buah single terbaharu berjudul “Peluk” (duet bersama...

Read more
by Naddy Joe
August 29, 2025
Lokal

Telur Bilis Amira Othman Ketika Bulan Madu Jadi Fenomena, Satu Malaysia Terliur!

Gara-gara sekeping video ringkas masakan ketika berbulan madu di Switzerland, pasangan baharu Fattah Amin dan Amira Othman kini sekali lagi...

Read more
by Puteri Alia
September 23, 2025
Lokal

Elly Mazlein Dedah Kehilangan Tawaran Kerja Lepas Berhijab, Ada Kontrak Tiba-Tiba Ditarik Balik

Penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, mengakui kehidupannya berubah apabila beberapa tawaran kerja terpaksa dilepaskan selepas mengambil keputusan berhijrah dan...

Read more
by Puteri Alia
October 17, 2025
Foto - @sakirinaca90 (IG)
Lokal

[VIDEO] Teruk Dikecam Selepas Kunjungi Butik DIOR, Pengurus Fattah Amin Perjelas Situasi Sebenar

Baru-baru ini nama Fattah Amin dan Amira Othman hangat diperkatakan selepas tular sebuah video yang memperlihatkan pasangan selebriti ini memasuki...

Read more
by Nurul A.
October 7, 2025
Lokal

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice, Asyraf Khalid Umum Akan Saman Fitnah

Pempengaruh dan usahawan Asyraf Khalid kini berdepan kemelut serius di media sosial selepas penyanyi dan aktivis, Caprice memuat naik beberapa...

Read more
by Puteri Alia
August 1, 2025
Lokal

[VIDEO] Aepul Roza Tampil Dengan Lagu ‘Aku Yang Salah’ Selepas Didakwa Mirip Wajah Wanita Kantoi Curang!

Penyanyi, Aepul Roza tampil dengan sebuah lagu berjudul 'Aku Yang Salah' selepas dirinya didakwa mirip wajah seorang wanita yang tular...

Read more
by Naddy Joe
September 29, 2025
Lokal

Farahdhiya Mohon Doa Orang Ramai Buat A. Aida-“Saya Sendiri Tak Dapat Jumpa Lagi..”

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya memohon doa orang ramai buat penerbit terkenal, Datuk A. Aida yang juga sahabat karibnya yang dimasukkan...

Read more
by Naddy Joe
September 26, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  3. 3

    Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

  4. 4

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan ‘Prank’ Qadejah Buatkan Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem