Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

[VIDEO] Lagu Sengau Hidupkan Karakter Ciptaan Arwah Mamat Khalid, Netizen Terharu

by Arsiqin Yusof
May 23, 2025
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah video muzik berjudul Wamwamsam yang dimuat naik di YouTube oleh Luncai Emas Sdn Bhd, telah mencuri perhatian netizen apabila gaya nyanyian sengau, latar suasana kampung, pakaian retro dan gaya lakonan dramatik, mengingatkan kita kepada dunia unik yang pernah dibawa oleh sutradara legenda, Allahyarham Mamat Khalid.

Lagu Wamwamsam merupakan hasil ciptaan Joey sendiri bersama dua orang anak M. Nasir iaitu Ilham dan Hidayat Nasir. Dengan sentuhan rap dari A.D, penyanyi kumpulan hip hop Sabah (Isohbatos), menjadikan lagu ini lebih menarik.

YouTube video

Kesinambungan Watak Daud M

Video muzik rasmi Wamwamsam pula tampil dengan konsep sinematik dan difahamkan menjadi teaser kepada filem Daud M yang bakal ditayangkan.

Filem ini adalah kesinambungan kepada watak ikonik Daud M yang pernah dilakonkan Joey dalam filem terakhir arahan Allahyarham Mamat Khalid. Menariknya, video muzik dan filem itu diarahkan sendiri oleh anak kepada Allahyarham, Amen Khalid.

Watak ini dilihat sebagai penghormatan kepada karakter unik ciptaan Mamat Khalid dalam filem terakhir beliau.

Nostalgia dan Penghormatan

Ramai netizen meluahkan rasa terharu dan terhibur dengan video tersebut. Ada yang menyatakan bahawa gaya persembahan Joey Daud menghidupkan semula watak Allahyarham Mamat Khalid yang penuh dengan elemen komedi dan budaya tempatan.

Tambahan pula, ramai juga yang berpendapat bahawa perbezaan perlu diterima walaupun dalam dunia muzik. Lagu ini mengajar kita untuk menerima dan meraikan perbezaan orang kurang upaya (OKU) dalam pertuturan.

“Saya ulang video ni banyak kali, terus teringat karakter dalam cerita-cerita arwah. Dia ada ‘roh’ Mamat Khalid,”

“Character ciptaan arwah Mamat Khalid still melekat dgn pelakon2 dia.”

“Layan MV macam layan Movie”

“Nampak macam rosak bahasa. Tapi lagu ni raikan orang kelainan upaya : sengau”

“1st lagu SENGAU di dunia. Harap jangan ada yang terasa sebab ini karakter Daud M”

“Special thanks to sifu M Nasir and Luncai emas for up this man in industry tanah air”

“Watak-watak dari filem/drama Allahyarham mamat khalid memang melekat kat kepala dan bawa tuah pada pelakonnya.”

Legasi Mamat Khalid Terus Hidup

Allahyarham Mamat Khalid meninggal dunia pada 24 Oktober 2021, namun legasinya kekal kukuh dalam dunia perfileman Malaysia. Beliau bukan sahaja mencipta dunia sinematik yang unik, malah berjaya menyatukan penonton dari pelbagai latar dengan kisah dan watak yang dekat di hati.

M Nasir Hadir Dengan CIPTA RAYA Di Zepp KL Pada 13 April Ini, Peminat Boleh Nikmati Juadah Raya Sambil Berhibur!

Lagu sengau Wamwamsam ini membuktikan bahawa karya seni, walaupun dalam bentuk yang tidak konvensional tetapi mampu menjadi jambatan kenangan dan penghormatan kepada mereka yang telah pergi.

Joey Daudm nasirmamat khalidsengauwamwamsam
https://lomp.at/o1uw5
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem