Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Tak Sengaja Dirakam Kamera, Presiden Perancis Ditampar Isteri?

by Soph Azz
May 28, 2025
Foto - Global News

Foto - Global News

52
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah video tular di media sosial, menunjukkan satu insiden luar biasa antara Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan isterinya, Brigitte Macron. Dalam video tersebut First Lady itu dilihat telah menampar wajah suaminya ketika mereka baru mendarat di Vietnam.

Ketika Emmanuel mahu mendekati isterinya untuk menuruni tangga bersama-sama, Brigette seolah-olah tidak mengendahkannya dan sebaliknya terus menampar wajah Presiden Perancis itu dengan gerakan yang pantas.

Insiden yang dirakam secara tidak sengaja itu berlaku di hadapan kamera dan pegawai Vietnam yang mengalu-alukan kedatangan mereka.

@abcnews

French Pres. Emmanuel Macron appeared to be pushed in the face by his wife Brigitte Macron as they arrived in Vietnam, the first stop of a Southeast Asia tour. #news #france #macron

♬ original sound – ABC News – ABC News

Emmanuel yang menyedari tindakan Brigette itu dirakam, dilihat menyentuh pipinya dan terus tersenyum serta melambai ke arah kamera. Sementara itu, Brigette berdiri di belakangnya tanpa menunjukkan sebarang ekspresi wajah. Mereka berdua menuruni anak tangga kapal terbang tanpa berpegangan tangan.

Foto – @abcnews (TikTok)

Memetik kenyataan pasukan Presiden Emmanuel, insiden itu hanyalah momen spontan yang penuh dengan jenaka. Manakala Presiden Perancis itu pula sendiri akhirnya mengakui kesal dengan kekecohan yang disebabkan oleh video tersebut.

Dia menjelaskan bahawa interaksi mereka hanyalah guarauan biasa dan dia terkejut mengapa ia perlu dibesarkan. Emmanuel turut menafikan sebarang penderaan domestik.

Apa pendapat kamu?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
brigitte macronemmanuel macronpresiden perancisVietnam
Share21Tweet13SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara