Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Filem ‘Laknat’ Kupas Realiti Manusia Sanggup Sekutukan Tuhan Demi Duniawi

by Naddy Joe
June 3, 2025
Share on Facebook

Sebuah naskhah seram psikologi yang berpaksikan kisah benar, LAKNAT bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 5 Jun 2025. Mengupas realiti manusia yang sanggup menyekutukan Tuhan demi memenuhi hasrat duniawi.

Inspirasi Pengalaman Sebenar

Filem ini diarahkan oleh pengarah prolifik Saw Teong Hin, diterbitkan oleh Real Films, dengan kerjasama penerbit bersekutu Tutan Entertainment, dan diedarkan secara rasmi oleh D’Ayu Pictures.

LAKNAT terinspirasi daripada pengalaman sebenar beberapa individu yang tanpa sedar memusnahkan keimanan mereka kerana tunduk kepada hasutan iblis.

Ia membuka ruang refleksi kepada penonton bahawa kehidupan di dunia hanyalah persinggahan untuk mengumpul bekalan ke akhirat dan sebarang bentuk amalan khurafat serta syirik kepada Allah SWT adalah dosa besar yang membawa laknat jika tidak disedari dan ditinggalkan.

“Iblis adalah musuh yang nyata, dan kebergantungan kita hanya kepada Allah SWT bukan makhluk mana pun.”

View this post on Instagram

A post shared by D' Ayu Pictures SB (@d.ayupictures)

Ketengahkan Mesej Mendalam

Filem LAKNAT ini turut mengetengahkan mesej yang mendalam kepada penonton bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah ujian, dan manusia mampu menyelamatkan jiwanya hanya dengan kembali kepada Allah SWT.

“Kehidupan dunia hanyalah ujian. Segala bentuk khurafat dan syirik membawa kepada kebinasaan jika tidak disedari dan ditinggalkan. Hanya dengan kembali kepada Allah SWT, manusia mampu menyelamatkan jiwanya.”

Bakal ditayangkan di pawagam pada 5 Jun ini, Filem LAKNAT mengisahkan mengenai Luth lakonan Aeril Zafrel yang mengorbankan jiwanya ketika perjanjian dengan syaitan termeterai.

Kehilangan adiknya, Laila lakonan Puteri Balqis telah membuka dimensi gelap yang membawa Luth kepada Laqqus, iblis yang jahat. Dalam ilusi penipuan iblis ini, sisi gelap sahabat kepercayaannya akhirnya terungkai.

Selain Aeril Zafrel dan Puteri Balqis, Filem LAKNAT turut dibintangi pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Mila Mohsin, Noorkhiriah, Amerul Affendi dan ramai lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

filem laknat
https://lomp.at/zwyju
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem