Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan Destinasi

Tahun Melawat Selangor 2025 Dilancarkan di Shanghai, Sasar Tarik Lebih Ramai Pelancong China

by Aphit J.
May 31, 2025
Share on Facebook

Tourism Selangor melancarkan video promosi Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025 versi Mandarin sempena ITB China 2025 di Shanghai pada 27–29 Mei 2025.

Meningkatkan Ketibaan Pelancong China

via Tourism Selangor

Pelancaran ini disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YBM Dato’ Sri Tiong King Sing, bersama EXCO Pelancongan Selangor, YB Dato’ Ng Suee Lim.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan ketibaan pelancong China ke Selangor sebanyak 25% menjelang 2025.

Selangor kekal sebagai pintu masuk utama pelancong China ke Malaysia, dengan 584,566 ketibaan direkodkan pada tahun 2024.

Subang Jaya mencatat jumlah pelancong tertinggi dari China. Kerajaan negeri menyasarkan 8 juta pelancong dan pendapatan pelancongan sebanyak RM11.7 bilion tahun ini.

Kerjasama Jangka Masa Panjang

via Tourism Selangor

Dato’ Ng Suee Lim menyatakan komitmen Selangor dalam menjalin kerjasama jangka panjang dengan rakan pelancongan dan pelabur dari China.

Kemudahan akses melalui 81 penerbangan mingguan dari Shanghai ke Kuala Lumpur turut menyokong matlamat ini.

Delegasi Selangor ke ITB China disertai tujuh pengusaha pelancongan utama seperti Sunway Lagoon, Skyluge, D’King, Farm In The City, Wet World Shah Alam, Eastin Hotel dan One World Hotel.

Dalam Posisi Strategik

via Tourism Selangor

Lebih 40 sesi pertemuan B2B bersama ejen pelancongan China serta dua sesi G2G dengan Konsulat Malaysia dan Tourism Malaysia Shanghai turut diadakan.

Tourism Selangor juga merancang lawatan pengenalan (FAM Trip) khas untuk agensi pelancongan dari China.

Permintaan terhadap produk pelancongan berasaskan alam semula jadi, gastronomi, agro-pelancongan dan pelancongan MICE semakin meningkat.

Selangor berada dalam posisi strategik untuk memenuhi permintaan ini, sejajar dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan kempen global “Surprising Selangor” di bawah TMS 2025.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025tourism selangor
https://lomp.at/ljcn7
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem