Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Tokti Nampak Enjoy Betul Support Konsert Idola & Rakan Artis”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @aishahameliarose360 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 71 ribu, tanda suka sebanyak 2,136 dan sebanyak 30 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang hadir bersama suaminya itu ke konsert penyanyi terkenal Indonesia iaitu Melly Goeslaw.
@aishahameliarose360 Eh Konsert Melly ada Tokti 😍 #mellygoeslaw #adaapadenganmelly #sitinurhaliza #fyp #sitizoners
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa walaupun dirinya bergelar biduanita negara namun tetap menyokong dan menghadiri konsert penyanyi lain. Tambah mereka lagi, Tokti nampak lebih cantik dan muda selepas turun berat badan.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.