Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.
Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.
Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dengan perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya iaitu Aliff Aziz. Kini dikatakan bahawa Bella Astillah sedang hangat bercinta dengan pempengaruh dan ahli politik iaitu Syed Saddiq.
“Tak Sabar Nak Tengok Syed Saddiq Dan Bella Astillah Ni Bersatu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @gaya_kay77 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 162 ribu, tanda suka sebanyak 6,255 dan sebanyak 442 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syed Saddiq dan anak kepada Bella Astillah iaiyu Ayden berjaya menghabiskan pusingan berenang di Langkawi Swim Fest 2025.
@gaya_kay77 Membalas kepada @zarifahemma Ayden semangat macam yb🥰🥰🥰💪💪💪 #jangkauanluas #syedsaddiq #bellaastillah❤️❤️🥀🌹🤲 #bellaastillah #fyp @Syed Saddiq @didi_angel_astillah
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Ayden akan menjadi orang yang hebat kerana dapat didikan daripada Syed Saddiq dan Bella Astillah.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.