Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan Destinasi

Malaysia Kekal Menjadi Destinasi Asia Paling Popular dalam Carian Pelancong Eropah

by Arsiqin Yusof
June 4, 2025
Share on Facebook

Nampaknya Malaysia terus jadi pilihan hati pelancong Eropah! Agoda, platform pelancongan digital terkemuka telah mendedahkan bahawa Malaysia mengekalkan kedudukan di tempat keempat sebagai destinasi Asia yang paling banyak dicari oleh pelancong Eropah untuk tahun dua berturut-turut,!

Laporan bertajuk “Trend Percutian Musim Panas Eropah ke Asia” mengumpul data berdasarkan carian penginapan untuk tempoh cuti bulan Julai dan Ogos 2025 iaitu waktu puncak percutian musim panas di Eropah. Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan peningkatan carian sebanyak 20% berbanding tahun lalu, menjadikannya destinasi yang mencatatkan lonjakan tertinggi dalam kalangan negara-negara Asia yang lain.

Negara Asia Paling ‘Hot’ Di Mata Pelancong Eropah

Tiga negara Asia paling popular untuk musim panas kali ini ialah:

  1. Thailand
  2. Indonesia
  3. Jepun

Malaysia pula di tangga keempat, diikuti oleh Vietnam yang masuk senarai Top 5 buat pertama kali. Negara lain seperti China dan Sri Lanka pun mencatat peningkatan, terutama selepas beberapa negara Eropah dapat pengecualian visa.

Pelancong Eropah Jatuh Cinta dengan Malaysia

Negara-negara Eropah yang paling banyak cari Malaysia di Agoda termasuk:

  • Perancis
  • Itali
  • Sepanyol
  • United Kingdom
  • Belanda

Pelancong Eropah Jatuh Cinta dengan Malaysia

Negara-negara Eropah yang paling banyak cari Malaysia di Agoda termasuk:

  • Perancis
  • Itali
  • Sepanyol
  • United Kingdom
  • Belanda

Tapi paling ‘wow’ ialah peningkatan carian dari Perancis dan Republik Czech yang naik sebanyak 95% dan Poland pun tak kurang hebat, naik 74%.

“Kami teruja lihat semakin ramai pelancong Eropah minat untuk ke Malaysia. Budaya kita, keindahan alam semula jadi, dan keramahan orang tempatan memang jadi tarikan utama.” – Fabian Teja, Pengarah Negara bagi Malaysia & Brunei di Agoda

Tiga Lokasi Paling ‘Hot’ di Malaysia

Kalau nak tahu tempat-tempat berikut adalah yang paling ramai pelancong Eropah cari.

Orang Patut Tahu! Ini Sebenarnya Realiti Perlancongan Di India

Kuala Lumpur – Gabungan moden dan tradisi. Shopping, makan-makan dan budaya semua ada!


Pulau Perhentian – Lokasi idaman untuk pencinta pantai dan selam skuba.

Langkawi – Pulau legenda yang penuh tarikan alam semula jadi & bebas cukai!

Agoda Sedia Bantu Anda Rancang Percutian

Agoda ada lebih 5 juta tempat penginapan, 130,000 laluan penerbangan dan 300,000 aktiviti. Jadi kalau anda pun tengah cari idea percutian, tak kira dalam atau luar negara, bolehlah mula malayari Agoda.

Layari Agoda.com atau download sahaja aplikasinya. Banyak promosi musim panas menanti!

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

AgodaMalaysiamelancongtarikan
https://lomp.at/edz8u
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem