Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

[FOTO] Imran Ajmain Raikan 20 Tahun Kerjaya Dengan Album Remix “Sila Ambil Perhatian”

Bakal adakan jelajah akustik di Perak!

by Arsiqin Yusof
June 5, 2025
Share on Facebook

Nama Imran Ajmain tidak asing lagi dalam landskap muzik tanah air. Selepas dua dekad berkarya, beliau tampil dengan projek paling berani dan bermakna dalam kerjayanya. Sebuah album remix berjudul Sila Ambil Perhatian bakal dilancarkan secara rasmi pada 6 Jun 2025.

Album ini bukan sekadar himpunan semula karya-karya lama, tetapi satu interpretasi semula yang segar dan pelbagai. Menampilkan 37 lagu dalam versi baharu, album ini membawa pendengar menyelusuri evolusi muzik Imran yang merangkumi genre pop, R&B, akustik, elektronik dan hip hop. Ia turut menampilkan kolaborasi dengan pelbagai artis dan produser seperti Ahmadul Amin, Late Nite Frequency, Firwan Johan, Cheryl Samad, Siti Sairah Tarudin dan ramai lagi.

“Saya beri peluang kepada pencipta lain untuk garap semula lagu-lagu saya, dan hasilnya sangat mengejutkan. Saya memang lama dah nak buat benda ni. Dua puluh tahun kerja dan akhirnya semuanya disatukan dalam satu album remix. Memang impian yang jadi kenyataan,” kata Imran ketika ditemui.

Beberapa lagu ikonik seperti Selamat Ulang Tahun Sayang dan Seribu Tahun diberikan nafas baharu, termasuk versi demo kasar dan susunan tradisional oleh Faliq Auri yang menggunakan seruling dan tiupan kayu. Imran juga berkongsi sisi peribadi menerusi lagu Intan dan Perak dalam versi akustik serta Setulus Kasih yang dirakam bersama mendiang sahabatnya Ucop dari kumpulan punkrock Classmates.

‘Private Listening’ Bersama Imran

Semalam, Murai.my berpeluang menyertai Private Listening Party eksklusif yang diadakan di The Mankind Barber, satu ruang unik yang menyatukan muzik dan gaya hidup. Dalam suasana santai namun penuh emosi, Imran memperdengarkan kesemua (potongan) trek dari album kepada rakan media dan tetamu jemputan. Kehadiran media dan rakan industri muzik tempatan memberi sokongan hangat kepada pelancaran ini, sekaligus membuktikan betapa Imran kekal relevan dan disanjung dalam industri seni suara tempatan.

Empat Live In Kuala Lumpur 2025: Sejarah Terukir Dalam Industri Muzik

Jelajah Akustik – “Mesyuarat Penting”

Sebagai sebahagian daripada sambutan 20 tahun dalam industri, Imran turut mengumumkan siri jelajah akustik bertajuk Mesyuarat Penting. Jelajah ini akan bermula di Perak pada 20, 21 dan 22 Jun sebelum ke Terengganu dan Johor. Persembahan ini bakal menampilkan susunan muzik langsung yang lebih intim dan mendalam.

“Album ini untuk semua. Untuk yang membesar dengan album penuh dan juga generasi TikTok,” kata Imran yakin.

Lebih Dari Sekadar Nostalgia

Imran menegaskan bahawa Sila Ambil Perhatian bukan sekadar projek nostalgia, tetapi satu pernyataan artistik yang mencabar persepsi ramai terhadap dirinya.

“Orang ramai cuma kenal saya dari dua tiga lagu. Album ini mencabar persepsi itu, saya rasa lebih bernyawa sekarang. Orang terbuka untuk dengar sisi baru saya.”

Sila Ambil Perhatian boleh didengari di semua platform penstriman utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music bermula 6 Jun 2025.

Untuk info lanjut dan kemas kini jelajah, boleh layari d imranajmain.com

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Imran Ajmainkonsertseribu tahun lagisila ambil perhatian
https://lomp.at/1auex
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem