Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

[VIDEO] Haliza Maysuri Beri ‘Hint’ Bakal Saman Individu Yang Lempar Fitnah?-“Saya Takkan Beri Muka…”

by Naddy Joe
June 5, 2025
Share on Facebook

Usahawan terkenal yang juga pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri bakal mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa telah memburukkan nama serta jenama perniagaan tudungnya itu di media sosial.

Bakal Saman Individu Lempar Fitnah?

Haliza Maysuri menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, menyatakan bahawa dia hadir ke Mahkamah Seksyen Kota Bharu, Kelantan untuk proses saman terhadap individu yang memfitnah secara melampau oleh bekas reseller walau telah diberi peluang untuk mencari rezeki dengan jenama tersebut selama bertahun-tahun.

“Hari ini hadir ke Mahkamah Seksyen Kota Bharu, untuk kes saman fitnah terhadap individu yang telah memburukkan nama saya dan jenama Bawal Exclusive secara terbuka di media sosial.

Tapi hari ini saya difitnah dengan begitu melampau oleh bekas reseller Bawal Exclusibe dari Pantai Timur yang telah diberi peluang bertahun-tahun mencari rezeki dengan jenama ini.

Tapi bila tidak capai target jualan seperti yang dipersetujui dlam kontrak hitam putih, dia mula main kotor. Tak mahu buat rayuan. Tak mahu berubah. Tapi pilih untuk memburukkan saya secara terbuka. Memfitnah dengan niat jahat.”-dedah Haliza Maysuri di TikTok

@halizamaysuri

Hari ini hadir ke Mahkamah Seksyen Kota Bharu, untuk kes saman fitnah terhadap individu yang telah memburukkan nama saya dan jenama Bawal Exclusive, secara terbuka di media sosial. Saya founder kepada jenama tudung Bawal Exclusive yang telah berdiri kukuh selama 27 tahun. Ini bukan jenama kecil, bukan baru semalam diwujudkan. Saya bukan usahawan segera. Jenama ini dibina atas titik peluh, konsistensi, dan kerja keras yang tak pernah berhenti sejak tahun pertama kami bermula. Selama ini saya tak pernah tiru sesiapa. Saya tak pernah kacau perniagaan orang. Tak pernah buka mulut burukkan sesiapa. Saya hanya fokus pada perniagaan saya, keluarga saya, kehidupan saya sendiri. Di media sosial, saya tak follow sesiapa. Tak komen pada sesiapa. Apa yang saya kongsi hanyalah realiti hidup saya tentang perniagaan, anak-anak, rumah tangga, dan kisah jatuh bangun yang saya sendiri lalui. Saya bukan content kosong. Saya bukan fake. Tapi hari ini saya difitnah dengan begitu melampau oleh bekas reseller Bawal Exclusive dari Pantai Timur yang telah diberi peluang bertahun-tahun mencari rezeki dengan jenama ini. Tapi bila tidak capai target jualan seperti yang dipersetujui dalam kontrak hitam putih, dia mula main kotor. Tak mahu buat rayuan. Tak mahu berubah. Tapi pilih untuk memburukkan saya secara terbuka. Memfitnah dengan niat jahat. Fitnah ini menjatuhkan nama saya. Ia jejaskan keyakinan pelanggan. Dan ia menjejaskan perniagaan saya di Pantai Timur khasnya dengan kerugian bernilai 2 juta ringgit. Saya hadir ke mahkamah hari ini mahu beri peringatan. Jangan sentuh nama saya. Jangan sentuh nama Bawal Exclusive. Jangan main-main dengan maruah saya. Saya tak ganggu orang. Tapi bila nama saya diganggu, saya akan pertahankan. Saya ada peguam. Kita ada undang-undang. Saya ada kebenaran. Dan mulai hari ini sesiapa sahaja yang berani memfitnah saya atau jenama Bawal Exclusive, bersiap sedia untuk disaman. Saya takkan beri muka lagi. Saya mungkin diam. Tapi itu bukan tanda takut. Itu saya bagi peluang. Tapi kalau kamu ambil peluang itu untuk pijak kepala saya, kamu akan tahu diam saya ada harga. Jangan jolok sarang tebuan. Jangan kejutkan harimau yang sedang tidur. Nama Haliza Maysuri dan Bawal Exclusive bukan nama yang boleh dibawa main. Kami ada peguam hebat menjaga dua nama ini. Tetuan Adnan Sharida & Associates. @Datuk Adnan Seman

♬ Unstoppable (I put my armor on, show you how strong I am) – Sia

“Saya Takkan Beri Muka Lagi…”

Tegasnya lagi, dia kini tidak lagi akan memberi muka kepada mana-mana individu yang memfitnah dirinya serta jenama tudung tersebut. Malah, dia meminta pihak terlibat untuk bersedia diambil tindakan undang-undang.

“Saya tak ganggu orang. Tapi bila nama saya diganggu, saya akan pertahankan. Saya ada peguam. Kita ada undang-undang. Saya ada kebenaran.

Dan mulai hari ini sesiapa sahaja yang berani memfitnah saya atau jenama Bawal Exclusive, bersiap sedia untuk disaman. Saya takkan beri muka lagi.”-Tegas Haliza Maysuri

Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Haliza Maysuri
https://lomp.at/oiavp
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem