Thursday, September 25, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Telatah Bapa Awal Ashaari Cuit Hati Netizen – “Kalau Tak Boleh, Kerat Je Cover Ni. Abah Nak Bawak Balik Cover Je”

by Arsiqin Yusof
June 6, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Sikap spontan dan bersahaja seorang bapa sememangnya sering mencuit hati, apatah lagi apabila melibatkan rasa bangga terhadap anak sendiri. Begitulah yang terjadi kepada bapa pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari dalam satu momen lucu yang telah dikongsikan oleh Nurul Ashaari menerusi akaun Instagram beliau baru-baru ini.

Sementara menunggu giliran untuk digunting rambut, bapanya ternampak sebuah majalah Tatler lama yang memaparkan wajah Awal dan isterinya (Scha Alyahya) sebagai muka hadapan.

View this post on Instagram

A post shared by Nurulhudaa Ashaari (@nurul_ashaari)

 “Kerat je cover ni.. abah nak bawak balik cover je..”

Apa yang mencuit hati netizen ialah reaksi bersahaja bapanya yang bertanya kepada Nurul sama ada dia boleh membawa pulang majalah tersebut. Selepas dimaklumkan bahawa majalah itu milik kedai, bapanya berseloroh untuk mengoyakkan majalah tersebut.

Nurul yang tidak mahu melukakan hati bapanya kemudian memaklumkan akan bertanya kepada pemilik kedai. Mujurlah majalah tersebut merupakan edisi lama dari tahun 2021.

Lebih menggelikan hati, sebaik sahaja selesai gunting rambut, bapanya terus pegang majalah berkenaan. Ketika Nurul ingin membuat pembayaran, beliau memberitahu pemilik kedai tentang hasrat bapanya. Pemilik kedai yang teruja apabila mengetahui Awal adalah anak kepada pelanggan tersebut turut memberikan respon yang menyenangkan.

“Wah, your son very famous uncle. Ok no problem boleh ambil.”

Reaksi pemilik kedai itu membuatkan si bapa sangat gembira dan berkali-kali mengucapkan terima kasih. Nurul turut berseloroh bahawa nasib baik bapanya tidak sempat mengoyakkan cover majalah tersebut terlebih dahulu.

“Kalau owner tu soh bayar pun.. kita bayar je lah.. janji abah happy,” kata Nurul dalam kapsyen beliau.

Video dan kapsyen ini bukan sahaja mencuit hati netizen, tetapi turut menyentuh perasaan ramai yang tersentuh dengan keikhlasan kasih seorang bapa. Rata-rata netizen memuji tindakan Nurul yang sabar dan sentiasa menghormati serta menggembirakan hati bapanya.

[VIDEO] "It’s not about being perfect..." - Bella Tetap Hadir Konsert Ara Walaupun Ayden Luka Teruk
awal ashaaribapakasih sayangkeluarga
https://lomp.at/395tz
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Bella Astillah Salam Tak Pandang Wajah Ibu Syed Saddiq, Timbul Persoalan Netizen..

  2. 2

    Hafreez Adam Bongkar Sikap Sebenar Aktres Popular, Netizen Petik Nama Fazura- “Aku Tak Akan Lupa…”

  3. 3

    Amira Othman Kongsi Momen Mesra Dengan Fattah Amin, Rakan Selebriti ‘Cemburu’!

  4. 4

    [VIDEO] Miki Ghazali Gembira Kalah, Sifatkan Orang Malaysia Perangai Sampah?…

  5. 5

    [VIDEO] Reaksi Tok Ram Bila Datin Alyah Buat Kejutan Menyanyi Di Pentas, Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem