Sunday, June 22, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Berkongsi Tarikh Lahir Yang Sama, Fitri Haris Syukur Sambut Zuriat Di UK

by Arsiqin Yusof
June 6, 2025
Share on Facebook

Penyanyi nasyid terkenal, Fitri Haris berkongsi khabar gembira di Instagram beliau pagi tadi apabila menimang cahaya mata perempuan di Royal Derby Hospital, United Kingdom.

Apa yang lebih mengharukan, zuriat sulung ini dilahirkan pada tarikh 5 Jun 2025 iaitu tarikh yang sama dengan hari kelahiran Fitri sendiri. Lebih istimewa, ia juga bersamaan dengan hari wukuf di Arafah, salah satu hari paling mulia dalam kalendar Islam.

View this post on Instagram

A post shared by Ts. Dr. Fitri Haris ™️ (@fitriharisofficial)

Dalam kapsyen Instagramnya, Fitri meluahkan rasa syukur atas kelahiran puteri mereka.

“Alhamdulillah syukur ya Allah, 5 Jun 2025, bersamaan hari wukuf di Arafah, lahirlah puteri kami di Royal Derby Hospital, United Kingdom. Yang lebih istimewa, tarikh 5 Jun juga merupakan tarikh lahir saya sendiri. Syukur atas segala nikmat dan rezeki Allah.”

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada isterinya, yang disifatkan sebagai seorang wanita yang kuat dan sabar dalam proses melahirkan cahaya mata mereka.

“Terima kasih isteriku @el_mrsfitri yang kuat dan sabar melahirkan zuriat ini.”

Netizen Teruja

Ruang komen hantaran tersebut turut dibanjiri dengan ucapan tahniah, doa dan kegembiraan daripada para peminat, rakan-rakan artis serta sahabat handai yang tidak melepaskan peluang berkongsi momen kebahagiaan tersebut.

“Doakan agar anakanda membesar dengan sihat, menjadi insan yang solehah, penyeri dunia & akhirat,” tambah Fitri dalam kapsyennya.

Fitri Haris dikenali sebagai figura yang dekat dengan peminat menerusi karya nasyid dan ketelusan dalam berkongsi kisah hidup. Perkongsian ini sekali lagi membuktikan keindahan kehidupan yang berpaksikan rasa syukur dan kasih sayang dalam keluarga.

Tahniah Murai.my ucapkan buat Fitri Haris dan isteri atas kelahiran cahaya mata. Semoga perjalanan sebagai ibu bapa dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Anakfitri HarisNasyidUNIC
https://lomp.at/ixfzb
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem