Saturday, June 21, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Richard Marx Meriahkan Sambutan Jubli Intan Resorts World Genting

by Aphit J.
June 8, 2025
Share on Facebook

Resorts World Genting (RWG) bakal meraikan sambutan Jubli Intan ke-60 dengan penganjuran konsert eksklusif penyanyi legenda, Richard Marx.

Malam Penuh Nostalgia

via RWG

Konsert satu malam sahaja ini akan berlangsung pada Sabtu, 16 Ogos 2025 jam 9 malam di Arena of Stars, menjanjikan malam penuh nostalgia dan kenangan indah.

Richard Marx, pemenang Anugerah Grammy dan artis multiplatinum, telah menjual lebih 30 juta album sepanjang lebih 35 tahun dalam industri muzik.

Beliau terkenal menerusi lagu-lagu ikonik seperti Right Here Waiting, Now and Forever, serta Endless Summer Nights.

Menjanjikan Pengalaman Istimewa

via Close Work

Kehebatan vokalnya dan sentuhan emosi dalam penulisan lagu menjadikan Marx antara figura penting dalam dunia muzik antarabangsa.

Konsert ini dijangka menjadi pengalaman istimewa, menyatukan generasi lama dan baharu melalui lagu-lagu yang merentasi dekad.

Ia bukan sekadar persembahan muzik, tetapi juga satu penghargaan terhadap legasi seni Richard Marx dan simbolik kepada perjalanan enam dekad RWG sebagai destinasi hiburan utama.

Tawaran Istimewa Untuk Pembeli

via LP Cover

Tiket konsert ditawarkan dalam lima kategori iaitu RM1,188 (VIP), RM888 (PS1), RM768 (PS2), RM588 (PS3) dan RM368 (PS4).

Tiket pra-jualan untuk ahli Genting Rewards Card (GRC) Gold ke atas dan pemegang kad VISA bermula 4 Jun 2025, manakala jualan umum bermula 9 Jun 2025.

Ahli GRC layak menikmati diskaun 15% bagi tiket VIP hingga PS3 semasa tempoh pra-jualan.

Namun, hanya satu jenis diskaun boleh digunakan bagi setiap transaksi.

Untuk maklumat lanjut serta pembelian tiket, layari rwgenting.com. Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi lagenda muzik dunia secara langsung dalam malam yang pasti tidak dapat dilupakan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Richard Marx
https://lomp.at/p7g45
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem