Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Itu Bukan Mata Duitan Lagi Dah, Itu Gila Harta” – Kak KM Selar Isu Putus Tunang Kerana Wang

by Aphit J.
June 8, 2025
Share on Facebook

Usahawan dan personaliti media sosial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, tampil memberikan pandangannya berhubung isu putus tunang yang didakwa berpunca daripada masalah kewangan.

Sesuatu Yang Tidak Wajar

via Instagram Kak KM

Menerusi siaran langsung di TikTok, beliau menegur tindakan pasangan selebriti yang dikatakan memutuskan pertunangan kerana hal kewangan sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Dalam video pendek tersebut, Kak KM menyifatkan tindakan memutuskan pertunangan hanya kerana jumlah wang yang kecil sebagai keterlaluan.

Kalau kau tiba-tiba nak putus tunang sebab RM500, itu bukan mata duitan lagi dah, itu gila harta.

Duit dia adalah duit dia, kau belum kahwin pun.

Kak KM Tegur Adab

via Instagram Kak KM

Beliau turut menyentuh soal adab apabila pasangan itu secara terbuka membincangkan hal peribadi sehingga dianggap seperti membuka aib sendiri.

Menurut Kak KM, tempoh pertunangan seharusnya menjadi ruang untuk saling mengenali dan menerima kekurangan pasangan masing-masing.

Sepatutnya dalam tempoh berkawan tu, kau terima seadanya pasangan kau tu.

Pandangan jujur Kak KM itu mendapat sokongan ramai netizen di ruangan komen.

Mereka turut berkongsi pengalaman dan pendapat bahawa asas sesebuah hubungan tidak sepatutnya bertunjangkan wang semata-mata.

Mendapat Pelbagai Reaksi Netizen

via Instagram Kak KM

Tindakan tersebut mendapat pelbagai rekasi dari netizen dan kebanyakkan bersetuju apa yang dikatakan oleh kak KM.

Dulu saya dan suami tiada apa-apa waktu bercinta, tapi kami sama-sama berusaha untuk bernikah dan alhamdulillah, rezeki datang selepas berkahwin.

Kalau betul tak pandang harta, tak kisah pun kalau masa tu dia cuma ada RM500. Duit boleh dicari, usaha bersama.

Teguran Kak KM bukan sekadar kritikan, tetapi satu peringatan bahawa nilai dalam sebuah hubungan terletak pada usaha, keikhlasan dan kesetiaan, bukan sekadar jumlah wang di bank.

[VIDEO] Gelagat Kak KM 'Merempit' Dengan Ustazah Asni Mansor, Netizen Terhibur!-"Tak Macam Ustazah Dah Ni..."
What’s your Reaction?
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

kak km
https://lomp.at/x6avy
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem