Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Terkandas di KLIA! Amir UK’s Antara Mangsa Penipuan Pakej Haji Tajaan

by Aphit J.
June 7, 2025
Share on Facebook

Penyanyi terkenal, Amir UK’s, mendedahkan dirinya antara 82 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pakej haji percuma yang didakwa ditaja seorang hartawan menerusi Visa Mujamalah.

Terkandas Sejak 1 Jun Lalu

via UTUSAN

Amir bersama isterinya, Sarimah Ahmad terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 1 Jun lalu selepas menunggu penerbangan yang tidak pernah wujud.

Menurut Astro Awani, Amir dan pasangan mereka dijanjikan akan berlepas ke Tanah Suci menggunakan pesawat khas dari Kompleks Bunga Raya, lengkap dengan surat tawaran dan butiran penerbangan daripada sebuah agensi pelancongan.

Kami menunggu sejak jam 5 petang, tetapi tiada siapa muncul.

Pasport dan visa juga tidak diberikan.

Hanya kami yang hadir kerana jemaah lain diberitahu melalui WhatsApp bahawa penerbangan ditangguhkan.

Beliau turut memaklumkan bahawa keesokan harinya, mereka diminta menunggu semula pada waktu awal pagi 3 Jun.

Membuat Laporan Polis

via Berita Harian

Namun sekali lagi, tiada penerbangan berlaku dan harapan semua yang hadir hancur begitu sahaja.

Menyedari telah diperdaya, Amir kemudian membuat laporan polis pada 3 Jun di Balai Polis KLIA.

Tambahnya lagi, kumpulan WhatsApp yang sebelum ini aktif tiba-tiba dikawal rapi dan hanya pentadbir boleh menghantar mesej.

Kami ikut sahaja sebab ini tajaan.

Malu nak tanya banyak-banyak.

Kami fikir ini rezeki, kawan isteri yang cadangkan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, mengesahkan setakat ini tujuh laporan polis telah diterima dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan berkaitan penipuan dan cubaan menipu.

Amir menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran tajaan ibadah haji yang tidak jelas sumbernya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Amir Ukays
https://lomp.at/c1az1
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem