Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Telefon Hingga 48 Jam Tanpa Henti! Jefri Nichol Dedah Hubungan Cinta Dengan Ameera Khan

by Aphit J.
June 8, 2025
Share on Facebook

Pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol, mencuri perhatian netizen selepas mendedahkan rutinnya yang romantik bersama kekasihnya, personaliti media sosial Malaysia, Ameera Khan.

Sering Berkomunikasi Melalui Telefon

via Murai

Dalam temu bual bersama Denny Sumargo, bintang filem Ali Topan itu mendedahkan bahawa mereka sering berkomunikasi melalui telefon dalam tempoh yang sangat lama, termasuk berbual selama 48 jam tanpa henti.

Telefon selama 48 jam tanpa henti, paling-paling kalau terputus pun sebab tertidur.

Kita tengah bercakap ini pun saya tengah telefon dia.

Jefri juga mengakui dia sendiri tertanya-tanya bagaimana Ameera membuka hati untuk menjalin hubungan dengannya.

Soalan itu kena tanya Ameera kenapa mahu dengan saya.

Saya pun kadang-kadang terfikir.

Undang Pelbagai Reaksi Netizen

via Rotikaya

Pengakuan Jefri mengenai tempoh panggilan luar biasa itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Netizen meluahkan rasa terkejut dan kagum, namun ada juga yang berseloroh mengenai tahap bateri telefon dan isi perbualan mereka.

Antara komen lucu yang ditinggalkan ialah mengenai kapasiti bateri talifon pasangan ini.

Yakin tuh hp ga panas?

Borak apa sampai 48 jam?

Tak rimas ke?

Terdahulu, Jefri pernah mendedahkan bahawa dia mula tertarik untuk mengenali Ameera selepas membaca artikel mengenai 10 wanita tercantik di Malaysia di platform X (Twitter).

Sejak itu, dia bertekad untuk mengenali Ameera lebih dekat.

Pasangan ini mula menjalin hubungan rapat sekitar tahun 2023 dan secara rasmi mengumumkan hubungan cinta mereka pada awal tahun ini.

Hubungan jarak jauh antara mereka nampaknya tidak menjadi penghalang, malah memperkuatkan lagi ikatan mereka melalui komunikasi yang konsisten.

Keakraban pasangan ini terus menjadi sorotan peminat dari Malaysia dan Indonesia yang teruja melihat perkembangan hubungan romantis mereka.

[VIDEO] PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol Semakin Selesa Tayang Dosa!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ameera khanjefri nichol
https://lomp.at/9mdi3
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem