Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

DS Siti Nafi Jadi Dalang Penipuan Haji- “Takkan Saya Nak Tipu Diri sendiri?”

Dato’ Sri Siti terus buka sidang media dengan menyatakan bahawa segala yang sedang hangat diperkatakan di media sosial itu tidak berasas.

by Phic ARMAN
June 8, 2025
Share on Facebook

Baru-baru ini, satu sidang media telah diadakan oleh YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah binti Dato’ Seri Baba untuk menjelaskan situasi sebenar di sebalik insiden 82 orang jemaah yang terkandas di KLIA kerana masalah visa haji Mujamalah. Beliau menafikan sebarang penglibatan syarikat miliknya, MRF, dalam skandal penipuan haji yang tular.

“Apa Yang Tular Tu Tak Betul”

Dato’ Sri Siti menyatakan bahawa segala yang sedang hangat diperkatakan di media sosial itu tidak berasas.

“Saya nak tekankan, semua yang tular tu tak betul,” katanya sambil memetik kenyataan rasmi dari PDRM yang turut menyatakan siasatan masih dijalankan.

Kronologi Dari Pihak Dato’ Sri Siti

Jelasnya, semua bermula apabila beliau dan seorang kenalan menerima tawaran untuk menunaikan haji secara tajaan penuh. Ada surat, ada tiket penerbangan, semuanya nampak sah.

“Kami memang dapat surat tawaran. Tapi peliknya, kenapa agensi Albalad tak nak mengaku mereka yang keluarkan?” katanya.

Lebih mengecewakan, pihak agensi turut beri jaminan akan sambut mereka di Jeddah. Tapi pada saat akhir, dimaklumkan visa Mujamalah masih belum diperoleh. Akibatnya, tak semua jemaah sempat berlepas.

“Saya sendiri ditaja, keluarga saya pun ikut. Takkan saya nak tipu diri sendiri?”

Penjelasan Dari Salah Seorang Jemaah

Seorang jemaah yang turut terlibat tampil beri pencerahan. Katanya, istilah “percuma” sebenarnya tak tepat.

“Kami memang tak bayar apa-apa. Tapi urusan visa dan penerbangan adalah diurus penaja. Kami cuma serahkan dokumen,” katanya.

Tambahnya, jemaah langsung tidak berurusan dengan Albalad. Semua komunikasi dibuat melalui pihak penaja.

Menurut beliau lagi, suasana di KLIA malam itu sebenarnya tenang. Hanya segelintir sekitar 7 orang yang cetus kekecohan. Selebihnya tetap sabar dan berharap dapat teruskan ibadah haji.

Siasatan Polis

Dato’ Sri Siti turut berkongsi pengalaman disoal siasat oleh polis selama lebih 12 jam. Walaupun penat dan kurang tidur, beliau tetap tenang dan beri kerjasama penuh.

“Saya tak mengamuk pun. Saya tahu saya tak salah,” katanya.

Beliau juga kesal dengan kenyataan penyanyi Amir Ukays yang menurutnya menimbulkan salah faham besar.

“Macam kami sengaja nak menipu, padahal kami pun sama-sama tunggu. Dan ramai jemaah pun dah selamat berangkat ke Mekah.”

“MRF Tak Ada Kaitan Dalam Hal Ini”

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa syarikat MRF langsung tak terlibat dalam hal ini. Beliau hanya membantu sebagai orang tengah yang niatnya nak buat kebajikan.

Masih Dalam Siasatan, Harap Semua Bersabar

Isu ini masih dalam siasatan pihak berkuasa. Dato’ Sri Siti sedia beri kerjasama penuh dan berharap semua pihak dapat lihat perkara ini secara adil.

“Kalau betul saya yang salah, kenapa ada jemaah yang dah selamat sampai ke Mekah?”

Beliau juga mengingatkan supaya masyarakat tak terlalu cepat menghukum hanya berdasarkan satu video atau satu kenyataan.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
4

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Siti Nur Atiqah
https://lomp.at/rwcnr
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem