Ketika ramai kembali ke kampung halaman sempena Aidilfitri, usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri mencuri tumpuan apabila membawa keluarganya beraya di kampung si ‘Bibik Tudung’, pembantu rumah yang telah lama menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.
Aliff Syukri menceritakan bahawa mereka pulang ke kampung bibik di Jatiroto, Jawa Timur kerana anaknya menangis rindu dan mahu berjumpa bibik tudung. Hal ini juga dilihat sebagai percutian buat keluarga itu. Di dalam video yang dikongsi, dapat dilihat kehadiran beliau sekeluarga disambut meriah walaupun secara sederhana.
@papalarisofficial Perjalanan ke rumah bibik tudung bukan satu hal yang mudah. Kami bergerak dari Kuala Lumpur naik flight ke surabaya hampir 4 Jam. Dari Airport Surabaya ke rumah buk tudung memakan masa hampir 6 jam. . Papa tidak dapat gambarkan betapa jauhnya perjalanan nak ke sana. Cuba bayangkan Ibu Tudung hanya naik moto, bawa baju dari rumahnya ke Airport Surabaya. Papa mama disambut dengan meriah. Tak terungkap dengan kata – kata. Sebagai majikan, Papa rasa sangat bangga dengan buk tudung atas hasil dan usahanya kerja dan bina rumah yang baru. Apa yang korang nak tahu tentang buk tudung cer komen 👇
♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman
Realiti: ‘Stres Ikut Sekali’
Perkongsian sebelum ini memaparkan pemergian bibik tudung pulang ke negaranya mempunyai kesinambungan yang lucu. Perkongsian Aliff Syukri yang sanggup membawa seisi keluarga ke Indonesia mencari bibik tudung mecuit hati peminat.
Perjalanan mencari rumah bekas pekerjanya itu bukan mudah. Aliff Syukri berkongsi beliau mengambil masa 6 jam untuk tiba ke rumah buk tudung dari lapangan terbang Surabaya. Video ini mencetuskan senyuman dan ketawa netizen apabila ada yang bergurau bahawa stress “ikut balik kampung”.
Sentuhan Emosional & Keterikatan Keluarga
Sementara menikmati suasana ceria dan emosi, Aliff turut menitip mesej tentang kekeluargaan. Kehadiran beliau sekeluarga dan keakraban dengan bibik menonjolkan sisi lembut beliau, sekali gus menunjukkan nilai kekeluargaan tanpa kemewahan. Ia memberi inspirasi sifat kekeluargaan boleh dipupuk walaupun tidak sedarah.
“Saya tiada nak control tempat tinggal dan pakaian. Mereka pakai apa yang mereka selesa.”
Bangga Dengan Kejayaan Bibik Tudung
Dalam video tersebut jelas terpamer wajah bangga Aliff Syukri yang melihat rumah baru yang dibina oleh bibik tudung hasil usahanya bekerja di Malaysia selama 15 tahun. Yang dahulunya rumah beratapkan daun, berdinding buluh dan berlantaikan tanah kini berubah dengan rumah yang lebih baik. Rumah baharunya dibina bersebelahan dengan rumah yang lama, jadi sangat jelas perbezaan yang boleh dilihat.
Hal ini dikongsi supaya menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana dimana usaha tidak akan mengkhianati hasil. Jika kita rajin dan gigih dalam melakukan sesuatu perkara, sudah pasti kita akan merasai kemanisannya nanti.
Reaksi Netizen
Video berkongsi momen manis ini mendapat perhatian netizen yang mengucapkan kata pujian terhadap sikap rendah diri Aliff yang sanggup ‘turun padang’ dan ‘tidur rumah kampung’ demi menghargai hubungan dengan bibik dan keluarga.
“Awat la aku sedih tengok video ni awat dengan aku.. untung nya ada kasih sayang.”
“Papa laris sanggup pegi indonesia, untung sapa dapat majikan macam ni”
“Dato’ memang bagus, humble orangnya”
“Bagus Dato’ ni, walaupun pembantu rumah je tapi dia jaga elok macam keluarga sendiri”
“Bagus Dato’ bawak keluarga pegi sana, biar anak-anak tengok dan tau rasa bersyukur dengan apa yang dorang ada”
Dalam kesibukan berniaga, Aliff Syukri mengingatkan kita bahawa kasih sayang tidak sama nilai dengan kemewahan yang dicari. Kadangkala dengan pelukan keluarga dan kehidupan sederhana sahaja sudah cukup untuk melengkapi hidup kita.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.