Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Sering Bermanja Dengan Anjing Peliharaan, Peminat Terkejut Lihat Afgan Tunai Haji

by Soph Azz
June 9, 2025
Foto - Tribun News

Foto - Tribun News

Share on Facebook

Nampaknya masih ramai yang tidak tahu bahawa penyanyi Indonesia, Afgan ialah seorang Muslim sejak lahir. Bukan apa, sebelum ini dia pernah menayangkan haiwan peliharaannya di media sosial, seekor anjing baka Poodle yang diberi nama Coco.

Tular videonya bersama Coco, ramai yang menyangka bahawa Afgan bukanlah seorang penganut agama Islam. Tetapi selepas berkongsi gambar dan video yang menayangkan dirinya sedang menunaikan ibadah Haji di Mekah telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan warganet mengenai agama sebenarnya.

View this post on Instagram

A post shared by Afgan (@afgan__)

“Alhamdulillah, selesai Haji pertama saya. Ia adalah satu perjalanan rohani yang sihat, terutamanya apabila saya pergi seorang diri. Sebaik sahaja saya mempunyai niat, saya terus pergi dengan hanya keazaman. Semua proses itu benar-benar dipermudahkan oleh Allah. Semuanya berjalan lancar. Ia pengalaman sekali seumur hidup dan saya bersyukur menjadi salah seorang tetamu Allah tahun ini.”

View this post on Instagram

A post shared by Afgan (@afgan__)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan juga peminat turut mengucapkan ucapan Hari Raya Aidiladha dan mendoakan agar ibadah Haji diterima oleh Allah S.W.T.

Tetapi di platform Threads pula, ada beberapa warganet mendedahkan bahawa mereka terkejut mengetahui status agama Afgan. Disebabkan dia pernah berkongsi video bersama Coco, ramai yang beranggapan dia menganuti agama lain.

Foto – Threads
Foto – Threads

Sebelum ini Afgan pernah memberitahu bahawa dia menggunakan sabun tanah untuk membersihkan dirinya selepas bermain dengan Coco. Dengan jawapannya tersebut, Murai yakin Afgan pasti tahu cara untuk menyamak dirinya setiap hari.

Apa pendapat kamu?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

afganafgan mekahafganshah rezaanjing afganibadah hajimekah
https://lomp.at/xa2ea
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem