Sorakan keterujaan bergema apabila para peminat anime dan pemain permainan video membanjiri Sunway Velocity Mall pada hujung minggu lalu, dari 31 Mei hingga 2 Jun, untuk merasai pengalaman yang benar-benar tidak dapat dilupakan di reruai kolaborasi PUBG MOBILE x Attack On Titan!
Acara hebat ini yang dilancarkan seiring dengan kemas kini terbaru permainan tersebut telah menarik kehadiran hampir 10,000 pengunjung yang penuh semangat, membuktikan tanpa ragu kuasa luar biasa dan daya tarikan yang tidak dapat disangkal dari dunia gaming di Malaysia!
Pengembaraan epik ini belum berakhir! Peminat digesa untuk mendedikasikan jiwa raga mereka demi kemenangan apabila kolaborasi hebat PUBG MOBILE bersama Attack On Titan kini boleh dimainkan dalam permainan menerusi Kemas Kini Versi 3.8, “Steampunk Frontier”.
Kemas kini berskala besar ini membawa pemain ke dunia penuh aksi dan keterujaan luar biasa, membolehkan mereka merasai:
- Aksi Attack On Titan yang mendebarkan, menampilkan transformasi Titan yang mengagumkan serta pelbagai ganjaran bertema eksklusif.
- Menguasai pergerakan hebat dengan Omni-Directional Mobility (ODM) Gear, meluncur di udara dan menumpaskan para Titan demi kemuliaan insan sejagat!.
- Meneroka Steampunk Frontier yang serba baharu — landskap memukau yang dipenuhi dengan kereta api wap gergasi, stesen utama Aetherholm yang megah, hab kargo yang sibuk, dan belon udara panas yang gah, menjadikan pertempuran udara lebih epik dari sebelumnya!.
Bermula 30 Mei hingga 6 Julai, pemain boleh menyelami dunia Attack On Titan dengan lebih mendalam melalui kehadiran set watak ikonik Eren Yeager, Armin Arlert, Levi, dan Mikasa Ackermann.
Setiap set boleh didapati dalam dua gaya: gaya anime yang penuh warna-warni dan gaya 3D realistik, membolehkan pemain bertukar antara penampilan kartun yang hidup dan rupa yang lebih realistik semasa bertempur di medan perang.
Kemas Kini PUBG MOBILE Versi 3.8 akan tersedia sehingga 6 Julai! Muat turun permainan dan main secara percuma di App Store dan Google Play Store.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.