ID semua, ini dia berita yang memang tak boleh dilepaskan! B.I, artis solo K-pop yang berbakat dan ada aura tersendiri, bakal kembali ke Kuala Lumpur sempena The Last Parade Tour.
Konsert kali ini akan berlangsung pada Ahad, 21 September 2025, pukul 7 malam di Mega Star Arena Kuala Lumpur. Dihoskan oleh Lo-Fi Entertainment, konsert ini adalah sebahagian daripada jelajah global B.I yang turut meraikan pelancaran album studio ketiganya berjudul Wonderland.
Album yang mengandungi 11 lagu baharu ini dah pun mendapat sambutan luar biasa, dan pastinya penonton akan dapat menikmati lagu-lagu dari Wonderland secara live buat pertama kali. Bukan itu sahaja, lagu-lagu kegemaran daripada album Waterfall, To Die For dan juga EP Love or Loved Part Satu dan Dua turut dimasukkan dalam setlist. Pendek kata, ini bukan sekadar konsert — ini pengalaman penuh emosi dan tenaga!
B.I Tampil Lebih Matang, Lebih Berani
Sejak tampil solo pada tahun 2021 di bawah label miliknya sendiri, 131, B.I tidak henti-henti mencuri tumpuan. Beliau telah menjelajah pentas global, termasuk festival terkenal seperti Lollapalooza dan Rolling Loud.
B.I juga pernah berkolaborasi dengan barisan artis hebat seperti Heize dalam Ferris Wheel, Woosung dari The Rose dalam Happy Alone, serta Destiny Rogers dan Tyla Yaweh dalam Got It Like That. Antara kolaborasi paling ikonik tentu sekali BTBT bersama Soulja Boy dan DeVita, yang pernah tular di serata media sosial.
Maklumat Tiket – Jangan Lambat!
Tiket akan mula dijual pada Jumaat, 13 Jun jam 12 tengah hari melalui laman web www.ticketingtix.com. Harga tiket bermula dari RM358 hingga RM888, dengan pelbagai keistimewaan untuk peminat setia.
Beberapa kategori tiket termasuk sesi soundcheck, sesi selamat tinggal bersama B.I, peluang bergambar dalam kumpulan kecil, poster eksklusif dan barangan bertandatangan. Semua pembelian tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.
Jangan Lepaskan Peluang Ini
Bagi yang dah lama menanti kehadiran B.I ke Malaysia, inilah masanya. The Last Parade Tour dijangka menjadi antara konsert paling hangat tahun ini, jadi pastikan diri bersedia, tandakan kalendar dan rebut peluang keemasan ini.
Jumpa di Mega Star Arena, satu malam, satu bintang, satu pengalaman bersama B.I.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.