Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Suhana Khan Bergaya Dengan Adidas, Shah Rukh Khan Tampil Komen Mengejut

by Phic ARMAN
June 9, 2025
Share on Facebook

Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan, sememangnya tidak dapat sorok rasa bangganya bila tengok anak perempuannya, Suhana Khan, tampil bergaya dalam kempen terbaru bersama Adidas India.

Sabtu lepas, Suhana dan Adidas post gambar-gambar di Instagram. Suhana nampak sangat yakin, fleksibel, dan penuh gaya dalam pakaian sukan (athleisure) dari Adidas. Gambar-gambar yang dikongsi memang mencuri perhatian. Bukan je sebab fesyen, tapi juga keyakinan yang ditunjukkan Suhana.

Ayahnya, Shah Rukh, terus komen, “Looking so good!!”– jelas betapa bangganya dia dengan anak dara dia tu. Suhana pun balas dengan ringkas tapi penuh kasih sayang, “Love youu”. Sweet sangat hubungan dua beranak ni!

Posting tu pun viral dalam kalangan peminat. Ramai yang puji Suhana dengan komen-komen macam:

“So beautiful!”

“Obsessed with you!”

“Warna oren ni memang sesuai gila dengan awak!”

Bagi yang belum kenal sangat Suhana, dia sebenarnya baru sahaja mula ceburi dunia lakonan secara rasmi. Debut pertamanya adalah dalam filem The Archies disiarkan di Netflix, yang keluar pada Disember 2023. Filem ni arahan Zoya Akhtar dan dibintangi bersama Khushi Kapoor, Agastya Nanda, Mihir Ahuja dan beberapa pelakon muda lain. Sekarang ni anda masih boleh tengok filem ini di Netflix.

Tapi apa yang paling dinanti-nantikan sekarang, Suhana bakal berlakon dalam filem King, sekali dengan ayah dia sendiri! Mula-mula filem ini diarahkan oleh Sujoy Ghosh, tapi sekarang pengarahnya ialah Siddharth Anand. Dengar cerita barisan pelakon pun hebat gila seperti Jackie Shroff, Anil Kapoor, Rani Mukerji, Abhishek Bachchan, Deepika Padukone dan ramai lagi.

Pendek kata, Suhana bukan sahaja cantik dan bergaya, tapi makin menyerlah dalam dunia seni. Dengan sokongan ayahnya yang juga legenda dalam industri, tak mustahil Suhana akan jadi bintang besar satu hari nanti. Kita tunggu dan lihat!

Ditanya Mengenai Agama, Ini Yang SRK Tulis Dalam Borang Sekolah Suhana Khan
What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Shahrukh Khansuhana khan
https://lomp.at/6apar
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem